Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MR D.I.Y. prihatin nasib komuniti terjejas banjir

today21 January 2022

Background


PETALING JAYA – Bencana banjir besar yang melanda Lembah Klang, baru-baru ini mendorong peruncit pembaikan rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) menggerakkan unit tanggungjawab sosial korporat (CSR)nya, MR D.I.Y. Cares untuk tampil membantu.

Pasukan tersebut, yang melaksanakan purata 44 aktiviti CSR dan projek jangkauan komuniti setiap tahun telah mengumpulkan kit ujian kendiri Covid-19, peralatan perlindungan, sarung tangan, but getah, beg sampah, produk pembersihan rumah dan bantuan makanan untuk diagihkan kepada penduduk terjejas di Shah Alam, Klang, Hulu Langat dan Puncak Alam serta di Pahang.

Program bantuan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa rakan kongsi termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Gladius Mobile Aid dan Team x4 untuk memastikan ia sampai kepada golongan yang paling memerlukan.

Kira-kira 60 orang sukarelawan MR D.I.Y. Cares juga digerakkan ke Hulu Langat untuk membantu kakitangan MR D.I.Y. sendiri yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post