Simpati terhadap nasib mangsa-mangsa banjir di Baling Kedah yang memerlukan bantuan dengan segera, Yayasan Food Bank Malaysia mengambil tindakan proaktif untuk melancarkan Tabung Kecemasan Bencana Mangsa Banjir Baling 2022 bagi membantu mengumpulkan sumbangan dari segi wang tunai dan barangan keperluan untuk diagihkan segera kepada mereka.
Sumbangan wang tunai boleh disalurkan kepada kami melalui akaun :
Yayasan Food Bank Malaysia,
Maybank
5660 1063 0584
Ref : BanjirBaling
Bagi sumbangan berbentuk barangan keperluan, sumbangan anda boleh dihantar terus ke Pejabat Yayasan Food Bank Malaysia di alamat No. 8, Jalan BA4/1, Kawasan Perindustrian Bukit Angkat 4, Kajang, Selangor. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.foodbankmalaysia.org/banjirbaling2022
#berpakatkitabantumasyarakat
#togetherwefeedthecommunity
#tabungkecemasanbencanabaling
#yayasanfoodbankmalaysia