Connect with us

Story

Menangi Gold Bar, Perodua Bezza, Thermomix Serta Nikmati Pelepasan Taksiran Cukai Sehingga RM8,000!

Banyak kelebihan menyimpan dengan SSPN tau!

Published

on

PTPTN tawar pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 dan pelbagai hadiah menarik melalui Simpan SSPN – FOTO PTPTN

MASA depan anak menjadi keutamaan setiap ibu bapa.

Salah satu faktor pendorong bagi menjamin masa depan cerah adalah pendidikan yang sempurna.

Justeru, ibu bapa perlu mempunyai perancangan kewangan sejak awal agar usaha menimba ilmu ke peringkat pendidikan tinggi tidak terhenti disebabkan oleh masalah kewangan bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna.

Biarpun ada yang memilih menyimpan di institusi kewangan konvensional, tidak ramai tahu kelebihan apabila menabung di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Produk PTPTN seperti Simpan SSPN Prime (dahulu dikenali sebagai SSPN-i) mengekalkan keistimewaan dan manfaat sedia ada manakala Simpan SSPN Plus (dahulu dikenali sebagai SSPN-i Plus) ditambahbaik dari segi manfaat takaful kepada yang lebih menarik.

Skim Simpan SSPN ini merupakan satu-satunya pelan simpanan yang diberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun.

Terdapat dua kategori kelayakan iaitu taksiran berasingan yang memberi pelepasan cukai maksimum RM8,000 setahun untuk setiap suami dan isteri, manakala taksiran bersama pula menawarkan pelepasan cukai maksimum RM8,000 setahun untuk satu pasangan. 

Jika pendeposit (suami isteri) membuat taksiran cukai secara berasingan, mereka boleh membuka akaun berasingan untuk anak yang sama agar dapat menikmati pelepasan taksiran cukai maksimum sehingga RM8,000 seorang.

Ibu bapa yang membuat simpanan di dalam Simpan SSPN Plus sebenarnya layak menerima pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM11,000 iaitu sebanyak RM8,000 bagi simpanan bersih di dalam Simpan SSPN Plus dan RM3,000 bagi caruman takaful.

Bagi pendeposit yang memilih skim pencen pula layak menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM15,000 iaitu sebanyak RM8,000 bagi simpanan bersih dalam Simpan SSPN Plus dan RM7,000 bagi caruman takaful di bawah Insuran Nyawa dan KWSP.

Selain itu, Simpan SSPN juga menawarkan kadar dividen yang kompetitif, dijamin oleh kerajaan dan yang penting patuh syariah.

Kaedah untuk menikmati pelepasan taksiran cukai

Terdapat pelbagai langkah untuk membuat penambahan deposit bagi mendapatkan pelepasan taksiran cukai tahun 2021.

Pendeposit boleh membuat penambahan atau pembukaan akaun baharu secara dalam talian di www.lovesspn.com.

Pelbagai kaedah simpanan disediakan kepada pendeposit Simpan SSPN seperti Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.

Jangan lupa untuk membuka akaun dan membuat penambahan simpanan Simpan SSPN anda hari ini dan nikmati pelepasan taksiran cukai 2021 dan pelbagai lagi keistimewaan dan manfaat dari Simpan SSPN.

Di samping membudayakan tabiat menabung dalam kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan, secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.

Maklumat lanjut boleh layari https://bit.ly/PelepasanTaksiranCukaiPendapatan

Hadiah hampir RM320,000 untuk dimenangi

Selain pelepasan taksiran cukai, pendeposit juga berpeluang menyertai Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 yang diadakan khusus untuk pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan sepanjang tempoh kempen yang berlangsung sehingga 31 Disember 2021.

Pendeposit hanya perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) sehingga tarikh cabutan dan tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan.

Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih RM50 (simpanan + takaful) melayakkan satu cabutan tanpa ada had untuk bilangan cabutan.

Pelbagai hadiah menarik sempena Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 antaranya Gold Bar bernilai RM150,000, kereta Perodua Bezza 1.3 AV, perkakas dapur canggih (Thermomix) dan wang tunai bernilai RM221.

Sertai Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 dan mula menabung di PTPTN demi pendidikan dan masa depan anak yang cerah hari ini.

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5656
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di