Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

TERMA DAN SYARAT

  1. LéTape Malaysia Bersama Buletin FM adalah sebuah kempen yang dianjurkan oleh Buletin FM.

  2. LéTape Malaysia Bersama Buletin FM ini terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki atau perempuan, berumur 18 tahun ke atas.

 

MEKANISME ONLINE

  1. Muatnaik video berbasikal anda di Instagram dengan caption yang menarik dan nyatakan jarak 60 km atau 140 km. 

  2. Mention atau tag Buletin FM dengan #Letapemalaysiabersamabuletinfm.

  3. Penyertaan yang kreatif akan memenangi satu tiket perlumbaan 60 km atau 140 km.

 

LAIN-LAIN

  1. Segala keputusan Buletin FM berkaitan dengan peraduan Létape Malaysia Bersama Buletin FM ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau diulangbicara oleh mana-mana pihak.

  2. Dengan menyertai peraduan Létape Malaysia Bersama Buletin FM ini, anda tertakluk kepada Terma dan Syarat Am peraduan Buletin FM dan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

https://www.buletinfm.audio/terma-dan-syarat-peraduan/

  1. Buletin FM mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menentukan dan meminda mana-mana kandungan terma dan syarat Létape Malaysia Bersama Buletin FM pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

  2. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik. 

  3. Tiada penginapan dan transportation disediakan untuk pemenang-pemenang ‘Létape Malaysia Bersama Buletin FM’. Kos-kos yang terlibat untuk ke Desaru atau kos-kos lain yang berkaitan tidak akan ditanggung oleh pihak Buletin FM.

  4. Pihak Buletin FM tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini kepada pemenang-pemenang termasuk keselamatan diri, sebelum, semasa atau selepas peraduan ‘Létape Malaysia Bersama Buletin FM’.

 

TALIAN TERCICIR DAN TIDAK DAPAT DIHUBUNGI

Peraduan melalui panggilan telefon:

  1. Tiada liabiliti ditanggung oleh pihak Buletin FM untuk komunikasi telefon

yang tidak baik, salah arah / salah menelefon atau kesukaran teknikal yang

dialami oleh pemanggil semasa panggilan masuk untuk Peraduan.

Jika semasa dalam Peraduan: 

  1. talian telefon terputus atau terganggu; atau

  2. terdapat pertikaian yang timbul daripada penggunaan talian-talian telefon di dalam Peraduan (termasuk di dalam situasi di mana telefon berbilang talian adalah digunakan); atau

  3. penyampai tidak mendengar apa-apa maklum balas yang jelas daripada pemanggil.

Pihak Buletin FM berhak mengikut budi bicara mutlaknya membatalkan kelayakan pemanggil atau pemanggil-pemanggil yang berkaitan atas apa-apa sebab, dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa pemberian hadiah kepada pemanggil atau pemanggil-pemanggil tersebut, dan boleh memberikan hadiah kepada orang lain mengikut budi bicara mutlaknya.

KETIDAKLAYAKAN

  1. Mereka adalah merupakan pekerja-pekerja atau ahli-ahli keluarga terdekat kepada pekerja-pekerja Buletin FM; Media Prima Audio; Media Prima Berhad; sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan peraduan yang berkaitan.

  2. Mereka telah memenangi sesuatu hadiah/hadiah-hadiah daripada Buletin FM atau syarikat bernaung di bawah Media Prima Audio; atau syarikat bernaung di bawah Media Prima Berhad dalam sesuatu tempoh. * Kemenangan akan diambil berdasarkan peraduan yang lebih awal diumumkan kemenangan.

  3. Mereka telah menggunakan atau cuba untuk menggunakan lebih daripada satu nama/identiti yang bukan milik mereka bagi tujuan melayakkan diri untuk memenangi hadiah daripada Buletin FM.

  4. Pembatalan penyertaan akan dilakukan secara automatik jika melanggar terma dan syarat kami tanpa sebarang pemberitahuan.

 

PROSES PENYEDIAAN HADIAH

  1. Proses penyediaan hadiah bagi mana-mana peraduan di Buletin FM akan mengambil masa sekurang-kurangnya 90 hari bekerja dan jika pemenang tidak menerima hadiah dalam 90 hari waktu bekerja, sila hubungi kami.