Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Lebih 50,000 Orang Sukarelawan Telah Mencarum Dengan PERKESO Untuk Masa Depan Mereka!

today7 June 2022

Background


Menerusi Majlis Pelancaran Kempen Mencarum PERKESO Untuk Sukarelawan yang telah dilancarkan, lebih 50,496 orang sukarelawan daripada tujuh buah agensi Kerajaan telah mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) hari ini.

Kempen ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi agensinya dan PERKESO bersama agensi-agensi kerajaan lain yang disenaraikan dalam inisiatif SPS khidmat di bawah Bajet 2022.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia dan disaksikan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Hj. Mohamed Haniffa Hj. Abdullah, Pengerusi Lembaga PERKESO dan YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Dato Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO berserta wakil-wakil daripada agensi Kerajaan yang terlibat.

Jom kita tengok apa matlamat utama kempen ini…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Syamirul


Previous post