Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

LBS ramal pemulihan sektor hartanah

today18 June 2022

Background


PETALING JAYA – Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) meramalkan pemulihan dalam sektor hartanah domestik tahun ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Lim Hock San berkata, pihaknya melihat peningkatan menggalakkan di dalam industri pasaran hartanah selaras dengan pemulihan ekonomi.

β€œBerdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, jumlah kumulatif permohonan pinjaman untuk pembelian hartanah pada suku tahun pertama 2022 meningkat 4.06 peratus tahun ke tahun.

β€œLBS konsisten berada di landasan yang tepat dengan rancangan untuk melancarkan 14 projek dianggarkan bernilai RM1.77 bilion pada 2022 di Lembah Klang, Johor, Pahang dan Perak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Mesyuarat Agung Tahunan LBS baru-baru ini.

Pada sesi yang dijalankan secara maya itu, pemegang saham LBS meluluskan pemberian dividen akhir satu peringkat sebanyak satu sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, sebagai penambahan kepada dividen…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post