Connect with us

Hiburan

“Kuasa Viral” – Gelandangan Akhirnya Berjumpa Semula Keluarga Selepas Masuk Dalam Video Tiktok

Dengan kuasa viral, dia akhirnya ditemui di video TikTok.

Published

on

Media sosial adalah platform yang paling pantas dalam menyebarkan maklumat pada masa kini. Oleh kerana itulah, setiap isu atau perkongsian senang menjadi tular. Lebih lagi zaman sekarang hampir semua golongan mempunyai media sosial. Kuasa viral ni memang hebat. Ada viral yang membawa kepada keburukan namun ada juga isu atau perkongsian viral yang membawa kepada kebaikan.

Baca juga: “Orang Sibuk, Tak Ada Masa Nak Bergurau” –  Viral Gelagat Lelaki Bebelkan Buaya Kerana “Kacau” Buat Kerja

Baru-baru ini seorang gelandangan dikatakan telah berjaya ditemui oleh ahli keluarganya selepas bertahun-tahun dia terpisah dengan mereka. Menerusi perkongsian Firdaus Nazri, dia dan pasukannya ada membuat projek memberi makan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Mereka kongsikan video aktiviti ini di laman Tiktok.

Namun, tak sangka video-video yang mereka kongsikan di laman sosial tersebut mendapat perhatian sehingga sampai ke tontonan  ahli keluarga seorang gelandangan. Dia kemudian terus  memaklumkan kepada Firdaus Nazri tentang perihal ini. Gelandangan tersebut dipercayai telah menghilangkan diri secara tiba-tiba dan dia dicari oleh ahli keluarganya sejak bertahun lamanya. Dengan kuasa viral, dia akhirnya ditemui di video TikTok.

Firdaus Nazri apabila mendapat tahu tentang hal ini berusaha membantu ahli keluarga terbabit berhubung dengan gelandangan itu. Melalui video yang dikongsikan, terlihat mereka berhubung melalui panggilan video. Mereka sempat bertanya khabar masing-masing dan ternyata apabila ditanya jika gelandangan itu masih ingat kepada ahli keluarganya dia menjawab “masih ingat”.

@firdaus_nazriAsbab dari video kami Bagi makan bertemulah seseorang yg dah lama kehilangan ??##fypシ ##foryou ##foryoupage ##viral ##gelandangan ##fyp ##malaysiatiktok♬ bunyi asal – MfirdausNazri

Apabila ditanya jika dia mahu kembali pulang ke sisi keluarga, lelaki tersebut menjawab dengan ragu “boleh ke?” dan kemudian terus menjawab “mahu”. Jelas mereka rindu sesama sendiri. Bak kata pepatah air yang dicincang tidak akan putus, begitulah hubungan antara keluarga.

Sebak sungguh bila lihat video yang dikongsikan. Meninjau ke ruangan balas, rata-rata mengucapkan rasa syukur kerana lelaki tersebut kini sudah selamat pulang bersama ahli keluarganya.

@semuthitam389syukur Alhamdulillah ??ensem bseri dh abg ni(ex gelandangan yg tpisah bthun² dgn kluarga)kini dipangkuan keluarganya,smoga sht selalu @firdaus_nazri♬ Terima Kasih Segalanya – Album Version – Lestari

Melihat kepada gambar yang diselitkan di dalam video, nampak kacak dan bersih abang ini selepas diambil keluarga dan dibawa ke hospital. Apa pun kita doakan agar keluarga ini diberikan kesejahteraan hidup dan dipermudahkan urusan mereka.

Baca juga: Sekian Lama Tanpa Berita, Akhirnya Ustaz Ebit Lew Kongsi Sudah Selamat Tiba Di Gaza

Sumber: Firdaus Nazri , Semut Hitam

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.