Connect with us

Sukan

Spectator Sukan – Siapa Pemain Bola Sepak Malaysia Paling Mahal?

Jangan lupa dengarkan spectator sukan pada setiap hari sabtu jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Published

on

Selalu sangat kita dengar cerita tentang pemain bola sepak luar negara dengan harga ‘belian’ paling mahal, antaranya seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Tapi jarang-jarang kita dengar dan juga tahu harga ‘belian’ bagi pemain bola sepak di Malaysia. Antara pemain yang termahal di Malaysia (termasuk pemain naturalisasi negara) dengan nilai dianggarkan sebanyak RM5 juta adalah Gonzalo Cabrera. Ia dikatakan dinilai oleh agensi dari luar negara. 

Bagi pemain kelahiran tanah air pula, Safawi Rasid memegang nilai tertinggi iaitu sebanyak RM2 juta. Nilai ini diktakan dikira berdasarkan daripada posisi dan usia mereka. Jadi untuk informasi tentang bola sepak kali ini hanya sedikit sahaja, dan selebihnya akan berbincang tentang isu sukan-sukan lain.

Lewis Hamilton Diramal Bakal Bersara?

Berita bagi sukan permotoran paling terkenal dunia, Formula 1 (F1) dikhabarkan bahawa Lewis Hamilton dijangka bakal bersara tidak lama lagi. Ramalan ini dibuat oleh Martin Brundle yang mengatakan selepas melepasi rekod kejuaraan dunia Michael Schumacher sebanyak tujuh kejuaraan, Hamilton mungkin akan bersara selepas melengkapkan 10 kejuaraan dunia. Selain itu, harapan dia untuk terus mendominasi F1 adalah tinggi selepas ketiadaan Nico Rosberg sebagai pencabar utama. 

Bagaimanapun, bagi setiap legenda F1, bersara semasa berada di kemucak merupakan motivasi utama untuk teruk mengungguli kejuaraan dunia. Tapi apa-apa pun, ia masih sebagai satu ramalan dan mungkin Hamilton yang pada usianya 36 tahun pada tahun ini akan terus dalam sukan permotoran F1. 

Litar Antarabangsa Sepang Bakal Dibuka Semula?

Dalam pada itu, perbincangan seterusnya adalah berkenaan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang dikatakan akan melihat kepada bidang yang belum dimanfaatkan untuk mempelbagaikan pendapatannya agar terus bertahan semasa pandemik Covid-19. Ketua Pegawai Eksekutifnya Azhan Shafriman Hanif berkata sukan permotoran tempatan merupakan antara industri yang terjejas teruk oleh pandemik berkenaan, justeru pembukaan trek untuk acara larian dan berbasikal yang selamat adalah antara inisiatif itu.

Azhan Shafriman berkata beliau melihat peluang baik untuk memula dan menetapkan semula SIC sebagai satu jenama pada tempoh mencabar ini dan bersedia untuk merebut peluang itu apabila pasaran beralih ke arah SIC dalam kebiasaan baharu ini. Selian itu, memandangkan pemerolehan penajaan di jangka sukar pada 2021, beliau berkata sektor korporat masih boleh menyokong sektor permotoran menerusi penajaan dalam bentuk lain berbanding sumbangan dana. Jadi ini antara cadangan untuk merakyatkan semula SIC.

Layak Dinobatkan Sebagai Atlet Sepanjang Zaman

Ratu tenpin boling negara, Shalin Zulkifli layak dinobatkan sebagai antara atlet terbaik negara sepanjang zaman dan berada ‘sekelas’ bersama Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David dan Azizulhasni Awang. Itu rumusan yang diberikan mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang mengakui Shalin sememangnya seorang atlet yang dilahirkan untuk menjadi bintang, pemimpin dan juga pemenang menerusi kejayaannya dalam arena boling. 

Image via: Facebook

Jelasnya, atlet berusia 42 tahun itu sewajarnya menjadi ikon kepada atlet lain yang berhasrat untuk menempa kejayaan dalam tempoh jangka masa panjang seperti yang dinikmati Shalin yang menghimpun pengalaman selama 28 tahun. Dalam masa sama, Zolkples mengharapkan Shalin tidak ‘menggantung terus’ tangannya dan menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan untuk membantu membentuk lebih ramai jaguh tenpin boling selepas ini. Dengan jumlah pingat yang diperoleh sebanyak 74 pingat sepanjang penglibatannya dalam arena boling, sememangnya layak dinobat sebagai atlet sepanjang zaman.

Sukan Larian Adalah Sukan Yang Selamat Untuk Lelaki…

Akhir sekali, selain perbincangan tentang berita semasa sukan negara dan luar negara, sedikit perkongsian tentang kesihatan dan sukan juga dapat diselitkan sekali. Mungkin anda pernah terbaca tentang sukan berbasikal yang tengah trend sekarang ini dikatakan boleh memudaratkan kesuburan lelaki. Ia dikongsikan sendiri oleh doktor, dan melalui perkongsian tersebut, sukan yang paling senang, murah dan selamat untuk dilakukan adalah berjoging.

Sukan-sukan yang ekstrem dan lasak ini dikatakan berkemungkinan menjejaskan tahap kesuburan lelaki. Tapi kalau dibuat secara sederhana ia boleh dikategorikan sebagai selamat lagi. Jadi kalau anda mahukan sukan yang selamat dan mudah, bolehlah berjoging sahaja. Selain itu, dah masuk tahun 2021 ni bolehlah tanamkan juga azam untuk kembali aktif dan terus kekalkan gaya hidup sihat. 

Bagi anda yang terlepas mendengarkan Spectator Sukan setiap hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan mahu mendengar lebih lanjut perbincangan ini, klik sahaja di sini.

Baca juga artikel menarik lain:

Spectator Sukan – Penonton Bola Sepak Boleh Bersorak Di Stadium Bermula Awal 2021?

Spectator Sukan – Human Foosball Dan ‘WWE’ Versi Malaysia?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di