Connect with us

Sukan

Spectator Sukan – Rakam Aksi Jurulatih Ketika Perlawanan?

Memang seronok kalau ada team media sosial yang aktif, sering berikan input menarik mengenai pasukan kesayangan kita…

Published

on

Kembali lagi dalam Spectator Sukan minggu ini bagi membincangkan topik-topik menarik dalam arena sukan negara. Seperti semua sedia maklum, sudah lebih setahun perlawanan bola sepak berlangsung tanpa penyokong di stadium disebabkan pandemik COVID-19. Semua aksi perlawanan hanya ditonton di kaca televisyen sahaja. Bagaimanapun, pada hujung minggu yang lepas, akhirnya para penyokong dapat melepaskan kerinduan masing-masing apabila kerajaan membenarkan kemasukan penonton ke stadium berdasarkan kapasiti venue dan status terkini kawasan masing-masing.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ahli jawatankuasa mesyuarat menerusi persetujuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membenarkan kehadiran penonton ke stadium menerusi standard operasi prosedur (SOP) yang ketat.  Beliau berkata, kebenaran kehadiran penonton mengikut status kawasan berkenaan iaitu lokasi dalam status perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) hanya dibenarkan 10 peratus atau maksimum 2,000 penonton saja.

Katanya, kawasan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) pula dibenarkan lebih ramai penonton iaitu 25 peratus kapasiti stadium dengan maksimum kehadiran adalah 8,000 penonton. Walaupun dengan jumlah penonton yang terhad, penyokong tempatan tetap menyambut baik berita tersebut. Oleh itu, percubaan kehadiran penonton akan diadakan dahulu membabitkan perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Melaka FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 2 April dan Kuala Lumpur City FC bertemu Sabah FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 3 April.

Disiplin penonton yang hadir adalah amat penting kerana ia sebagai penentu bagi kebenaran kehadiran penonton untuk perlawanan akan datang. Kalau ada yang nak datang tonton bola secara langsung di stadium nanti, harap dapat kekalkan penjagaan SOP yang ketat supaya perlawanan-perlawanan lain juga turut dapat merasakan kehadiran penonton. 

Perak Hilang Tumpuan

Hilang fokus menjadi antara masalah yang dihadapi Perak FC hingga mereka gagal mendapatkan keputusan lebih positif dalam dua perlawanan terakhir Liga Super. Perkara itu diakui ketua jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt yang turut menyifatkan masalah sama turut menjadi punca pasukannya tewas 0-3 di tangan Kuala Lumpur City FC (KL City) minggu lalu. 

Image via: Instagram

Walaupun bermain di laman sendiri, Perak FC terus longlai apabila masih belum mencipta kemenangan di Stadium Perak dalam tiga perlawanan awal musim ini dan hanya mampu mencatat keputusan 2-2 pada Ahad (21 Mac). Tamat perlawanan, Perak FC terpaksa berpuas hati dengan satu mata di Stadium Perak pada minit akhir perlawanan dengan JDT yang masih kekal menerajui liga.

Rakam Reaksi Jurulatih Ketika Perlawanan?

Dalam pada itu, turut dibincangkan tentang pentingnya peranan team media sosial bagi sesebuah pasukan bola sepak bagi menaikkan lagi imej pasukan. Pujian harus diberikan buat pasukan bola sepak yang mempunyai team media sosial yang aktif memuat naik update terkini mengenai pemain-pemain kepada peminat. Tambahan lagi, memaparkan bagaimana sisi lain jurulatih pasukan semasa sesi latihan juga merupakan satu imej yang boleh memberi impak kepada pasukan. Hal ini secara tak langsung boleh menaikkan lagi semangat dalam kalangan peminat dan membuatkan mereka lebih mencintai pasukan mereka. 

Antara pasukan yang mempunyai team media sosial yang mantap adalah seperti pasukan JDT, Kedah dan juga Selangor sehinggakan mereka mempunyai inisiatif untuk merakam reaksi jurulatih sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung. Sekali gus, para penyokong dapat menyaksikan peranan jurulatih semasa perlawanan berlangsung. Pasukan-pasukan lain juga boleh menjadikan ini sebagai contoh untuk mereka turut memantapkan team media sosial mereka. Secara tak langsung, imej dan nama sesebuah pasukan itu akan meningkat dan boleh digunakan untuk menarik perhatian para penaja. 

Sasaran Lima Emas Dalam Temasya Sukan SEA Vietnam

Sementara itu, dibincangkan juga tentang sasaran lima pingat emas yang ditetapkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dalam temasya Sukan SEA Vietnam, bagi mengulangi pencapaian dua tahun lalu di Filipina. Biarpun sudah lebih setahun tanpa sebarang pertandingan kompetitif, namun KOM tetap yakin dengan kemampuan atletnya. 

Presidennya, Datuk SM Muthu menyatakan, pada masa yang sama beliau yakin beberapa atletnya turut berpotensi menambah bilangan emas itu. Jadi sasaran minimum lima emas dikeluarkan, dan maksimum adalah sebanyak lapan emas. Sama ada sasaran ini boleh dicapai ataupun tidak, sama-sama kita terus berikan semangat buat atlet negara kita dalam temasya yang akan datang ini. 

Bagi anda yang terlepas mendengarkan Spectator Sukan setiap hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan mahu mendengar lebih lanjut perbincangan ini, klik sahaja di sini.

Baca juga artikel menarik lain:

Spectator Sukan – Sukan Tidak Popular, Tidak Diberikan Peruntukan Yang Sama?

Spectator Sukan – Atlet Sukan Juga Perlu Diberi Keutamaan Terima Vaksin COVID-19?

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5656
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di