Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Sukan

Spectator Sukan – Human Foosball Dan ‘WWE’ Versi Malaysia?

Dalam norma baharu pun, sukan tetap diteruskan dengan cara baharu…

Published

on

Industri Sukan masih lagi bergelut dalam situasi negara mengekang penularan wabak COVID-19. Banyak sukan yang tidak dapat dijalankan dan sedikit sebanyak ‘mematikan’ momentum yang ada. Pagi penggemar sukan bola sepak, ia tentu sedikit mengecewakan kerana tidak dapat turun ke padang untuk bermain seperti biasa. Pengusaha padang bola sepak juga turut berhadapan kekangan yang sama.

Bagaimanapun, melalui perkongsian bersama Spectator Sukan minggu ini, itu semua bukanlah penghalang untuk industri sukan terutamanya bola sepak untuk terus dijalankan. Terbaharu, terdapat satu aktiviti hasil daripada inovasi sukan bola sepak yang boleh dijalankan. Ia dikatakan diwujudkan bagi peminat bola sepak melepaskan kerinduan terhadap sukan bola sepak. Sukan tersebut dikenali sebagai ‘Human Foosball’ di mana ia dikatakan sesuai dengan keadaan semasa yang memerlukan penjarakan sosial.

Jadi COVID-19 bukanlah alasan untuk terus menghentikan segala sukan yang ada di negara kita. Terdahulu, sukan berbasikal menjadi popular selepas banyak aktiviti sukan yang tidak patuh kepada penjarakan sosial dilarang di negara kita. Itu merupakan satu bentuk perubahan aktiviti sukan dalam kalangan masyarakat. Dengan wujudnya Human Foosball dan juga Footgolf, tidak mustahil sukan-sukan lain juga turut berinovasi agar sukan itu dapat dijalankan walaupun dalam keadaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Peminat ‘Balun’ Portimonense SC Kerana Safawi

Berikutnya perbincangan mengenai Safawi Rasid dan juga Portimonense SC. Rasanya ini bukanlah satu isu baharu dan bagi peminat sukan bola sepak tanah air memang sedia maklum yang Safawi masih belum diturunkan dalam kesebelasan utama. Sejak Safawi dipinjamkan untuk bermain dalam liga divisyen tiga di Portugal, beliau masih belum diberi peluang dan hanya memanaskan bangku simpanan. 

Ramai peminat yang marah dengan tindakan pengurus pasukan Portimonense SC dan mengatakan kelab tersebut hanya mengambil kesempatan ke atas populariti Safawi di Malaysia. Banyak juga kata-kata yang kurang enak dilemparkan di dalam Facebook page kelab bola sepak tersebut. Safawi bagaimanapun meminta para penyokongnya untuk bersabar dan memberikannya sokongan. Selain itu, segala komen yang keterlaluan patut dihentikan kerana ia hanya memberi gambaran buruk terhadap penyokong di Malaysia.

Apa yang dicadangkan adalah, sebaiknya jangan beri tekanan kepada Safawi dan biarkan dia berlatih lebih tekun untuk merebut tempat ke dalam kesebelasan utama. Selain itu, daripada menghantar kata-kata kecaman terhadap kelab tersebut, lebih baik beri kata-kata semangat buat Safawi untuk beraksi dengan baik di sana. Di akhir nanti, Malaysia juga yang akan dapat nama baik.

Sukan Wrestling Yang Telah Lama Bertapak Di Malaysia

Antara perkongsian menarik pada minggu ini adalah sukan wrestling yang dikatakan sudah lama bertapak di Malaysia. Kalau dahulu, mungkin ada antara kita yang masih ingat kegilaan terhadap aksi ganas dan menghiburkan bintang gusti World Wresting Entertainment (WWE) seperti The Rock, Triple H dan Hulk Hogan. Di Malaysia pula, sukan ini dianjurkan melalui APAC Wrestling. Terdapat lagi satu penganjurnya yang dikenali sebagai Malaysia Pro Wrestling (MyPW), sebuah sekolah gusti diasaskan seorang penggemar tegar WWE. 

 

Apa yang menarik tentang wrestling versi Malaysia ini, ia bukan sahaja disertai oleh kaum lelaki, tetapi kaum wanita berhijab juga turut mengambil bahagian sebagai wrestler. Walaupun ia tidak disiarkan di kaca TV, anda masih boleh menonton aksi-aksi perlawanan yang menarik di laman Youtube. APEC Wrestling dikatakan merupakan wrestling peringkat Asia yang didirikan sendiri oleh orang Malaysia.

Kepentingan Pemakanan Sihat Pada Lanjut Usia

Turut berkongsi tentang pemakanan yang sihat apabila usia telah lanjut. Sebenarnya rakyat Malaysia ni paling kena berjaga-jaga terhadap makanan sebab kebanyakan makanan dekat sini adalah yang berlemak dan berminyak. Selain itu, turut dinasihatkan pada lelaki yang sudah berusia 30 tahun ke atas utuk mengamalkan teknik renggangan. 

Ryan Giggs yang kini merupakan jurulatih bagi pasukan Wales turut pernah berkongsi teknik yoga yang diamalkannya bagi melancarkan peredaran darah. Itu sebabnya dia masih boleh bermain walaupun usia sudah menghampiri 40 tahun. Jadi kepada anda yang sudah lanjut usia, pastikan jaga pemakanan dan kerap melakukan senaman demi kesejahteraan tubuh badan. 

Bagi anda yang terlepas mendengarkan Spectator Sukan setiap hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan mahu mendengar lebih lanjut perbincangan ini, klik sahaja di sini.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Spectator Sukan – Abu Bakar Atan Kongsi Pengalaman Menonton Maradona Di Stadium Merdeka

Spectator Sukan – Azmeer Yusof Bakal Kembali Dalam Arena Bola Sepak & K Rajagopal ‘Dirisik’ Ke Brunei?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Office
    +603-7710 5022
  • Studio Hotline
    +6037-722 5655
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.