Connect with us

Gaya Hidup

Tips Untuk Ibu Bapa Bercuti Bersama Anak Kecil Cara Norma Baru

Anda nak bercuti ke mana tu?

Published

on

Kalau sebelum pandemik Covid-19 melanda, kita lebih mudah bercuti mahupun di dalam atau luar negara. Kita mungkin akan merungut tiket penerbangan mahal, atau hotel penuh dan sebagainya. Namun, dengan perlaksanaan norma baru dalam kehidupan kita agak terhad untuk lakukan apa-apa aktiviti di luar. Walapun pihak kerajaan telah memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk rentas negeri dan bercuti di dalam negara tetapi ini bukanlah tiket untuk kita leka dan lupa kita masih belum menang.

Memandangkan kita sudah pun di hujung tahun dan cuti sekolah telah bermula, sudah pasti ramai ibu bapa mahu membawa anak-anak bercuti setelah hampir 9 bulan kita ‘berperang’ dengan COvid-19. Bercuti seorang diri atau bercuti tanpa anak kecil lebih mudah dengan norma baru. Tetapi, membawa anak kecil bercuti mungkin akan memenatkan ibu bapa yang perlu pastikan mereka ikut SOP yang ditetapkan.

Jom kami kongsikan beberapa tips untuk anda membawa anak kecil bercuti sambil mempraktikan norma baru.

Pengurusan Masa

Pastinya jika mahu bercuti dengan anak kecil, kita perlukan pengurusan masa yang betul. Sebelum keluar rumah, periksa dulu jarak dan masa perjalanan yang akan diambil untuk sampai ke destinasi percutian. Kalau anda bercuti menaiki kapal terbang, pastikan anda sampai awal di lapangan terbang. Manalah tahu dalam perjalanan bayi anda tiba-tiba “poo poo” alamak! Tak pasal terkejar-kejar nanti..

Rancang Itinerari Percutian Keluarga Anda​

33 Best Tips for Amazing Family Travel With Kids (Real Experience)

Bercuti dengan anak kecil sangat penting untuk melakukan perancangan itinerari betul-betul. Anggaran waktu kena bersesuaian dengan percutian bawa anak. Jangan lupa masukkan tempat yang seronok dikunjungi kanak-kanak ketika bercuti nanti. Anak anda pasti gembira sepanjang percutian tersebut. Maklumlah dalam lama sangat #dudukrumah.

Buat Tempahan Awal

Kalau bawa anak kecil bercuti buatlah tempahan awal untuk elak beratur atau bersesak dengan pelancong lain. ingat ya, kita hidup dengan norma baru. Buatlah tempahan awal untuk hotel, kedai makan, atau mana-mana tempat yang mungkin akan ramai orang kunjung. KIta perlu tahu bahawa anak kecil mudah bosan jika dibiarkan mereka diri dan tunggu lama-lama. Karang tak pasal mereka melalak kat tepi.. mak pun mungkin akan join sekali! Huwaa…

Kurangkan Penggunaan Beg Kecil

Traveling With Kids - 20 Tips for Adventurous Families

Bila sudah bergelar mak orang ni, kita lupakan sahaja nak bawa bag kecil yang comel-comel. Iyalah, mana nak tengok beg, dukung anak, tolak stroller lagi. Alahai.. Banyaknya barang kena bawa! Jadi, jawapan yang mudah bawa sahaja beg galas belakang supaya mudah bergerak. Tidak perlu lagi nak pegang itu ini. Semuanya kita sumbat je satu beg. Bukan apa, bila bawa beg kecil dalam kuantiti yang banyak risau kita terlepas pandang dan tertinggal di merata tempat.

Buku & Permainan Baru

Sebelum bercuti, anda boleh belikan buku aktiviti baru atau mainan untuk anak-anak sebab jika anak-anak berasa bosan dalam perjalanan nanti, kita boleh lekakan mereka dengan buat latihan dalam buku aktiviti tersebut. atau main mainan baru.

Baby Food

Untuk anak kecil dibawah 2 tahun, pastikan anda sediakan makanan yang sihat untuk mereka. Jangan lupa bawa makanan seperti biskut atau snek untuk anak anda. Tidak semua tempat sediakan makanan untuk kana-kanak dan kita tak tahu bila masa mereka tiba-tiba rasa lapar dan nak makan betul tak?

Stroller atau Baby Carrier​

How To Make Air Travel with Young Children Easier

Kalau yang ini, anda boleh putuskan yang mana lebih sesuai dan anda selesa untuk gunakan. Buatlah perbincangan dengan pasangan anda tentang umur anak berapa tahun? Sesuai bawa baby carrier atau stroller? Atau lebih kedua-duanya sekali?

 Kids Face Mask, Kids Wipes & Kids Sanitizer

Inilah ‘senjata’ untuk anak-anak kita! Sepanjang bercuti nanti, pastikan anda bawa ‘senjata’ ini ke mana sahaja anda pergi dan pastikan juga anak anda menggunakannya. Kita tidak tahu di mana kuman dan bakteria itu ada, jadi inilah cara untuk kita jaga anak-anak. Anda boleh bawa extra baby wipes sebab ia boleh digunakan bila tangan anak kotor makan comot, lap meja yang kotor atau anak berpeluh-peluh.

Sebagai ibu bapa, anda haruslah sentiasa bertenang dalam menangani emosi anak anda. Percaya & positif bahawa percutian bersama anak adalah menyeronokkan! Sambil menjaga SOP untuk diri dan anak-anak sepanjang bercuti, jangan pula lupa untuk menikmati saat percutian anda bersama keluarga! Percayalah anak anda sekeluarga akan mendapat pengalaman yang luar biasa melalui percutian ini.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Cara-Cara Berkesan Memulakan Habit Baru. Belum Cuba Belum Tahu!

Golongan belia perlu menerima normal baharu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di