Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Tin, Tong & Ketul, Jangan Keliru Perbezaan 3 Jenis Mentega Ini

today4 November 2020

Background

Perasan tak kalau kita pergi pasar raya bahagian penyejukbekuan pasti akan nampak bahagian mempamerkan pelbagai jenis mentega. Malah, ada juga dijual dalam bentuk tong, tin atau berbungkus.

Mungkin bagi mereka yang berniaga, akan beli mentega dalam tong atau yang berbungkus. Kononnya lebih jimat dan mudah. Iyalah, tidak perlu nak buat pembelian banyak kali.

Sumber: achinews

Mentega ada beza?

Sebenarnya setiap mentega yang dijual dalam pelbagai jenis ada perbezaan penggunaanya. Mesti ada yang fikir semua mentega sama je tak kira dalam tong, bekas, bungkus atau ketul.

Apa perbezaan kesemua jenis mentega tu? Sekarang jom kita lihat penerangan dari pihak mentega pengeluaran Buttercup sendiri.

Buttercup ketul

Untuk mentega yang berketul atau dalam bekas, ia sangat sesuai untuk sapuan roti dan untuk biskut. Tidak sesuai untuk kek sebab mentega ini akan membuatkan tekstur kek kering dan berderai apabila dipotong.

Sumber: sumarz

Buttercup tin

Seterusnya mentega dalam tin sangat sesuai untuk dibuat kek dan juga masakan kerana rasanya sedikit masin. Tapi, ingat! Mentega dalam tin tak sesuai untuk buat biskut, takut menganggu tekstur biskut.

Sumber: facebook

Buttercup tong

Akhir sekali, mentega dalam tong. mentega jenis Buttercup ini sesuai untuk kek dan juga biskut kerana dapat menghasilkan tekstur kek dan biskut yang sempurna.

Sumber: malaysiabakery

Kesimpulannya kalau jarang nak buat kek atau biskut tapi sering gunakan mentega dalam masakan atau sapuan pada roti, belilah dalam bekas atau ketul. Begitulah kalau nak buat biskut atau kek, beli je yang tong terus.

Jadi, jangan salah beli ye! Beli mengikut keperluan yang betul. Apa pun, ini penerangan dari pihak Buttercup, tak tahulah kalau jenama mentega yang lain sama ada kegunaannya sama atau tidak.

Apa pun, baca terlebih dahulu penerangan pada ‘badan’ bungkusan mentega terlebih dahulu okay?Β Β 

 

 

 

Untuk pengetahuan anda, klik saja senarai artikel berikut:

Mudah! Tumis Kacang Panjang Bersama Telur Masin

Guna Duit Gaji Yang Diterima Beli Makanan Kucing, Pak Guard OKU Ini Raih Simpati Warganet

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

sarawak

Sukan

Sarawak Mungkin Tarik Diri Daripada Liga Malaysia 2021

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais membayangkan pasukannya mungkin akan menarik diri daripada bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim depan. Keputusan itu terpaksa dibuat selepas mendapati mereka kini berdepan masalah kewangan yang serius dan tidak mempunyai sumber pendapatan yang kukuh. FAS tarik diri dari Liga Malaysia 2021? https://t.co/khKgpq1ijW β€” SarawakCrocsβ„’ ?? (@SarawakCrocs) November 3, 2020 β€œMungkin kami akan menarik diri dari terus... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today4 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *