Connect with us

Gaya Hidup

Stres Dan Suka Makan? Cuba Makanan² Yang Sesuai Hilangkan Tekanan

Sambil makan sambil singkirkan stres!

Published

on

“You are what you eat,” begitulah pepatah omputih yang nak beritahu apa yang kita makan akan mempengaruhi tahap kesihatan kita. Makanan yang tidak berkhasiat sebenarnya boleh menjadi punca stres. Bila anda menghadapi stres yang keterlaluan, ia boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu mood, mengurangkan tumpuan dan juga boleh memberi kesan kepada organ serta fungsi tubuh badan. Jadi di sini Kool FM akan kongsikan apakah makanan yang patut dimakan ketika stres.

  • Coklat

Menurut pakar, coklat merupakan makanan yang ideal. Disebalik rasanya yang sedap dan enak, ia juga kaya dengan nutrisi tambahan yang memulihkan tenaga. Jika anda memakan coklat ketika stres, ia mampu mengeluarkan hormon endorfin ke dalam otak kita untuk merangsang emosi gembira. Jadi secara semula jadi ia dapat mengatasi dan mengawal stres anda. Tapi jangan lah jadikan coklat tu snek harian untuk dikunyah hari-hari. Dark Chocolate merupakan jenis coklat yang terbaik kerana kandungan gula yang rendah.

  • Kekacang

Secara saintifiknya kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, Magnesium dan Zink. Zat-zat ini semua berfungsi untuk mengurangkan kadar stres pada diri kita. Vitamin B2 membantu dalam mengeluarkan hormon serotonin yang berfungsi untuk membuat kita rasa gembira. Zink pula adalah antara komponen yang diperlukan untuk melawan stres, manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.

  • Susu

Susu adalah minuman yang kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan unsur-unsur berkaitan stres dalam badan. Satu kajian mendapati susu penuh dengan kebaikan Vitamin D yang mampu mengurangkan simptom keresahan dan kemurungan.

  • Makanan Laut

Kepada penggemar seafood, kalau anda stres boleh lah buat pesta makan makanan laut. Sumber ikan, terutamanya ikan laut dalam seperti ikan salmon, mackerel dan sardin, serta ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan merupakan antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega-3. Ia berfungsi untuk membantu menstabilkan stres dengan mengurangkan kadar adrenalin dan kortisol dalam badan. 

  • Bijirin Penuh

Bijirin penuh sememangnya kaya dengan Vitamin B yang dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan. Bijirin biasanya boleh didapati melalui roti, bijirin sarapan pagi (cereal), beras perang dan oat yang mengandungi karbohidrat kompleks yang merangsang pengeluaran hormon serotonin. Kalau nak makan roti tu, pastikan kita makan jenis roti yang terbaik, iaitu roti wholemeal.

  • Buah-Buahan & Sayur-Sayuran

Tak lain dan tak bukan, tentulah kita kembali kepada nature manusia yang memerlukan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber pemakanan yang sihat. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C dan Vitamin E dapat membantu mengurangkan kesan stres dalam badan. Antioksidan yang tinggi ini membantu menghasilkan dopamin yang berfungsi untuk menajamkan tumpuan, memori serta membaiki mood seseorang. Sumber Vitamin C yang baik adalah seperti jambu batu, brokoli dan buah oren. Manakala sumber Vitamin E yang baik adalah seperti buah betik, sayur bayam dan buah zaitun.

 

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di