Connect with us

Gaya Hidup

“She Serves Her Country Well” – Diam-Diam Ubi Berisi, Dr Farrah Hani Dipuji Rakyat Malaysia

Semoga ramai lagi di luar sana mendapat sumber motivasi daripada kisah ini.

Published

on

Jika berbicara tentang anak bangsa yang pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara pasti kita akan teringat beberapa nama yang terkenal sehingga kini. Namun sebenarnya, di sebalik nama-nama yang sering dipetik oleh media di negara ini, ada beberapa lagi cerita doktor profesional hebat yang namanya tidak digembar-gemburkan contohnya Dr Farrah Hani.

Kalau anda nak tahu Farrah Hani Imran adalah ahli gimnastik negara yang pernah memukau dunia gimnas suatu ketika dahulu. Farrah Hani merupakan pelapis kepada Faiznur Miskin. Beliau pernah menghadiahkan emas kepada negara pada Sukan Sea 1991 yang diadakan di Manila dalam acara individu dan juga berpasukan. Beliau juga pernah mencipta sejarah apabila menjadi ahli gimastik pertama yang layak menyertai kejohanan dunia di Sepanyol pada 1993.

Baca juga: [VIDEO] “Minum Air!” –  Tindakan Cristiano Ronaldo Saran Orang Ramai Minum Air ‘Putih’ Tular

Foto: Youtube Transformasi Nasional 2050

Hebat kan Farrah Hani. Apa yang lebih mengagumkan, Farrah Hani kemudiannya menyambung pelajaran dalam bidang perubatan. Beliau berjaya mendapatkan ijazah kedoktoran perubatan dari Royal College of Surgeons Ireland iaitu antara universiti perubatan terbaik di dunia. Beliau kemudiannya menyambung pengajian MRCS Surgery di universiti yang sama sehingga tahun 2005. Fuh bukan calang-calang!

Selepas tamat pengajian di Ireland, Farrah Hani pulang ke Malaysia. Apabila melihatkan bidang kedoktoran pembedahan plastik masih belum berkembang di negara sekitar tahun itu, Farrah Hani bertekad menyambung pula pelajarannya di USM dalam pengkhususan Plastic & Reconstructive Surgery. Pada masa yang sama, beliau juga bertugas sebagai seorang doktor dan pensyarah di UKM. Sememangnya bukan satu perjalanan yang mudah.

Hebatnya beliau dalam bidang yang diceburi sehingga beliau mendapat dua pengiktirafan penting dalam bidang perubatan. Selain itu, beliau turut menyumbangkan banyak jasa kepada UKM dengan memikul beberapa tanggungjawab penting. Kini, beliau telah dilantik sebagai Prof. Madya, satu pangkat yang tinggi darjatnya.

Foto: MIMS TODAY

Walaupun sibuk dalam kerjayanya sebagai seorang doktor pakar yang hebat, Farrah Hani tidak pernah melupakan bidang gimnastik. Dalam beliau menyumbang kepada bidang perubatan negara, beliau juga banyak menyumbang kepada pasukan gimnastik negara.

Beliau pernah menjadi pengurus pasukan ahli gimnastik pada Sukan Sea 2017 dan berjaya membawa pulang 8 pingat emas buat tanah air. Lebih mengagumkan, Farrah Hani bekerja sebagai pengurus secara pro-bono ataupun bahasa mudahnya “percuma”. Inilah dia antara anak bangsa kita yang tak putus-putus memberikan khidmat buat negara. Sangat membanggakan!

Nama Dr Farrah Hani jarang diperkatakan kerana beliau tidaklah terlalu aktif di media sosial. Beliau juga tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang menjadi kontroversi. Boleh dikatakan Farrah Hani ini diam-diam ubi berisi. Memang merupakan satu inspirasi lah Dr Farrah Hani! Kami ucapkan sekalung terima kasih atas jasa yang telah Dr Farrah Hani curahkan buat masyarakat dan negara. Semoga ramai lagi di luar sana mendapat sumber motivasi daripada kisah ini.

Baca juga: Baru Belajar Mandarin 14 Jam Tapi Keisha Dah Fasih, Mengagumkan!

Sumber: Fdaus Ahmad

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5656
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di