Connect with us

Buletin

“Seriuslah Delivery Barang 3 Pagi?” – Pelanggan Berang Ganggu Waktu Tidur

Menurut pengguna twitter yang menggunakan nama @dianasruddin, dia tidak dapat terima mengapa pekerja J&T menghantar barangnya pada jam 3 pagi sebegini.

Published

on

Terdahulu kecoh dengan keadaan barang dihantar oleh sebuah syarikat perkhidmatan kurier dan penghantaran barang, J&T Ekspress apabila pihak mereka tidak menjaga barang pelanggan dengan sebaik mungkin.

Kini lain pula cerita apabila pekerja penghantar barang dari syarikat tersebut menganggu waktu tidur pelanggan.

Menurut pengguna twitter yang menggunakan nama @dianasruddin, dia tidak dapat terima mengapa pekerja J&T menghantar barangnya pada jam 3 pagi.

Apabila ditanya mengapa masih lagi menghantar barang, ini jawapan dari pekerja dari syarikat tersebut.

Image

Menjengah ruangan komen, rata-rata tidak bersetuju tindakan yang dibuat oleh pekerja J&T tersebut kerana banyak faktor bahaya jika buka pintu rumah pada jam 3 pagi.

Antara faktor yang dinyatakan adalah gusar berlaku samun, rompak, rogol dan risiko jenayah berat yang lain-lain.

May be a Twitter screenshot of text that says "are10youngna? @atenyanashahril 12h Replying to @dianasruddin and @jntexpressmy firstly sangat tak professional ya 3pagi risiko untuk pekerja j&t tu sendiri contoh kene samun, risiko untuk customer buka pintu tengah pagi kot kene rompak. sapa nk tanggung? delivery brang bnyk? pekerja x yah fikir. biar management fikir. tu tugas diorg. 1 66 570"

May be a Twitter screenshot of 1 person

Tak tahulah sama ada ingin kejar KPI atau sebaliknya namun, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Moga dapat penjelasan daripada pihak bertanggungjawab.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Peguam Terkenal Kongsi Cara Lakukan Tuntut Jika Terima Barang Rosak Dari J&T

2 Lelaki Penyamar Pekerja Kurier Samun Wanita & Sorok Bayi 3 bulan Dalam Tong Sampah

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

 

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.