Connect with us

Gaya Hidup

Selalu Tekankan Kepentingan Vitamin C, Rupanya Vitamin D Juga Sama Penting…

Vitamin D juga sama pentingnya…

Published

on

Dari kita kecil sampailah dah besar, yang selalu kita dengar adalah keutamaan pengambilan vitamin C kerana khasiatnya yang dapat meningkatkan sistem imun badan dan pelbagai manfaat lain terhadap kesihatan. Tapi sayangnya kita kurang memberi perhatian kepada vitamin lain yang sama penting keperluannya terhadap tubuh badan kita. Tapi kali ini kita akan mengupas lanjut tentang kepentingan vitamin D.

Vitamin D Sama Penting Dengan Vitamin C

Sebenarnya, ramai yang didiagnosis kekurangan vitamin D sebab tak pernah tahu akan kepentingannya. Menurut Timbalan Presiden Medical Mythbusters Malaysia, Dziehan Mustapa, vitamin D diperlukan untuk membentuk tulang yang kuat. Jadi, kalau tak cukup vitamin D maka kita tidak mempunyai kekuatan tulang yang normal. Persoalannya, macam mana nak dapatkan vitamin D ni?

Vitamin D boleh dihasilkan oleh tubuh sendiri apabila kulit terkena cahaya matahari. Selain itu, ia juga ada dalam bentuk semula jadi daripada pelbagai sumber makanan seperti sebahagian jenis ikan, minyak ikan, kuning telur, produk tenusu serta bijirin. Menurut Dziehan lagi, individu yang mengalami kekurangan vitamin D berkemungkinan disebabkan beberapa faktor iaitu kurang pendedahan kepada matahari kerana keluar rumah ke tempat kerja sebelum matahari terbit. Jadi, disebabkan sekarang ramai yang bekerja dari rumah, janganlah pula sampai tak keluar rumah langsung untuk mengambil sedikit udara di luar.

Bagi warga emas yang mengalami kekurangan vitamin D pula, ia mungkin berpunca daripada keupayaan buah pinggang mereka untuk menukar vitamin D kepada bentuk aktif sudah berkurangan dan itu meningkatkan risiko kekurangan vitamin berkenaan. Selain itu, individu obes yang memiliki indeks jisim tubuh (BMI) 30 atau lebih, turut sering mempunyai tahap vitamin D yang rendah dalam darah. 

Gejala Kekurangan Vitamin D

Menurut Dziehan, antara gejala kekurangan vitamin D ialah rasa sakit tulang dan lemah otot. Bagaimanapun, kebanyakan individu tidak menunjukkan gelaja tersebut secara ketara. Tapi hal inilah yang bahaya apabila badan kita tidak menunjukkan gejala kekurangan vitamin. Antara risiko tahap vitamin D yang rendah dalam tubuh adalah ia mampu meningkatkan risiko kesihatan seperti kematian akibat penyakit kardiovaskular, masalah kognitif orang dewasa dan serangan asma yang teruk dalam kalangan kanak-kanak.

Bagi yang ingin melihat kandungan vitamin D dalam badan, ujian darah boleh dilakukan untuk mengukur tahap vitamin D dalam badan. Bagi individu yang kekurangan vitamin D, rawatan boleh dilakukan dengan cara mengambil lebih banyak vitamin tersebut menerusi diet atau produk makanan tambahan. Untuk melakukan hal ini, semestinya lebih selamat untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Baca juga artikel menarik lain:

Jaga Makan Semasa Tubuh Badan Sihat. Ikut Nasihat Pakar Cara Elak Makan Berlebihan

Adakah Pemasangan Jeriji Keselamatan Perlu Diwajibkan Di Setiap Rumah?

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.