Connect with us

Gaya Hidup

Selain Berpantang, ‘New Moms’ Perlu Alert Dengan Perkara Ini..

Realiti yang terjadi ketika proses berpantang. Nanti tidaklah terkejut.

Published

on

Kebanyakan ibu mengandung yang baru pertama kali berdepan dengan pengalaman baru ini, mereka hanya fikirkan tentang gaya hidup selepas bersalin iaitu berpantang.

Antara yang selalu dilakukan ketika berpantang adalah seperti bertangas, bertungku, menyenaraikan makanan berpantang, set pakaian dan barang keperluan bayi, pakaian mereka sendiri dan bermacam lagilah.

Hakikatnya, ramai yang tak bersedia tentang perkara yang lebih utama iaitu tubuh dan emosi mereka. Itu punca simptom meroyan. Banyak hal tak kena dan akhirnya menangis tanpa sebab, stres, rasa kosong, tak yakin dengan diri, fikir benda yang tak berlaku atau yang lebih teruk boleh mencederakan bayi sendiri.


Sumber: cariangoogle

Puncanya mereka tak bersiap sedia dengan kesan tubuh badan selepas bersalin. Bahaya tau! Lebih-lebih lagi bila suami tiada di sisi atau suami yang pandai complain tapi tak pandai nak menenangkan isteri.

Jadi kami ingin kongsikan dengan anda realiti yang terjadi ketika proses berpantang. Nanti tak lah terkejut. Antaranya….

  1. Perut menggeleber.
  2. Susu badan kering (tapi ada cara yang betul untuk keluarkan susu badan).
  3. Parut C-section (jika si ibu melahirkan anda melalui pebedahan perut).
  4. Selulit yang banyak di bahagian perut atau celah kangkang.
  5. Tidak cukup tidur.
  6. Keguguran rambut.
  7. Ketika duduk rasa sakit.
  8. Belakang badan rasa sengal-sengal.
  9. Payudara kendur.
  10. Susu badan keluar terlalu banyak.
  11. Tubuh badan cramp (jika si ibu tidak mempunyai kandungan kalsium yang cukup).
  12. Bentuk alat suli berubah bentuk kerana kesan terkoyak dan jahitan.
  13. Berat badan mudah naik.
  14. Rasa keseorangan.
  15. Bentuk pinggang dah lain.
  16. Langkah yang lebih berhati-hati, beritahu pasangan apa yang akan berubah selepas bersalin. Lebih-lebih lagi bentuk badan dan juga emosi. Bukan apa, ada setengah lelaki pandai buat anak tapi tak tahu kesan tubuh isteri selepas bersalin.
  17. Mereka fikirkan bentuk badan akan sama seperti sebelum bersalin. Erti kata lain, minta suami anda juga bersedia apa yang bakal mereka akan lihat pada tubuh anda selepas anda melahirkan zuriat mereka.

Semoga artikel ini memberi manfaat!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Eh nampak baby bump laa..” – Sekali Lagi Tok Ti Dikatakan Sedang Mengandung

Ketagihan Vape, Ibu Mengandung Berisiko Keguguran & Bayi Boleh Lahir Cacat

 

 

 

 

Sumber: babycentre

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.