Connect with us

Gaya Hidup

Rindu Nak Melancong? Ini 6 Lokasi Paling ‘Rare’ Untuk Kaki Travel!

Bilalah agaknya boleh melancong ke luar negara ni…

Published

on

Siapa yang kaki travel mesti dah gian kan nak pergi travel macam dulu-dulu. Yelah tahun 2020 memang kita tak boleh nak ke luar negara disebabkan dunia diserang pandemik COVID-19. Tapi tak apa, simpan bajet anda tu dan gunakan untuk travel ke tempat-tempat rare dan menarik ni nanti. Harap-harap tahun ni dah selamatlah untuk melancong ke luar. Kalau tidak, kita tunggu tahun depan pula. Jadi jom tengok dulu di manakah lokasi yang best untuk kaki travel ni.

Northern Lake Baikal, Rusia

Antara tasik yang paling rare di dunia ini terletak di selatan Siberia. Ia merupakan air tawar berwarna biru yang terbesar di dunia. Air yang mengelilingi tasik ini membeku menjadi kepingan ais berwarna turquoise pada musim sejuk. Suhu di situ boleh turun serendah -19 ° C dari bulan Disember hingga Februari.

Air Terjun Kuang Si, Luang Prabang, Laos

Air Terjun Kuang Si, atau dikenali sebagai Air Terjun Tat Kuang Si merupakan air terjun tiga tingkat yang terletak kira-kira 29 kilometer di selatan Luang Prabang. Air terjun ini antara destinasi wajib pelancong (pelancong backpackers terutamanya) untuk singgah sebentar. Air yang jernih kebiruan tentu sekali membuatkan para pelancong rasa tak sabar nak terjun dalam tu. Air terjun ini boleh diakses melalui laluan yang tersedia di sebelah kiri air terjun. Walaupun agak memenatkan untuk sampai ke tempat ni, ia pasti menjadi destinasi yang berbaloi untuk dilawati.

Salar De Uyuni, Bolivia

Tasik dari zaman prasejarah ini membeku semasa musim sejuk dan membentuk lantai garam yang terbesar di dunia, dan berubah menjadi seperti cermin semasa musim hujan di antara bulan September hingga Mei. Tempat yang bertakung air dan membentuk seperti kolam tu pula sangat sesuai dijadikan tempat berswafoto. Boleh buat trick bergambar juga kalau anda jenis yang kreatif. 

Huacachina, Peru

Ia merupakan kawasan pekan kecil yang dibina sekitar tahun 1930-an. Ia dibina di sekitar tasik kecil, dan dikawasan sekelilingnya adalah padang pasir. Apa yang menarik di situ, selain kawasannya yang unik, terdapat juga lagenda puteri duyung yang ada di tasik kecil tu. Kalau nak tahu, Peru merupakan tempat terletaknya salah satu destinasi yang tersenarai dalam Tujuh Keajaiban Dunia, iaitu Machu Pichu.

Marble Caves, Patagonia, Chile

Patagonia dikenali ramai sebagai tempat permulaan akhir dunia. Mungkin sebab adanya tempat yang macam ni yang terletak di tengah Tasik General Carrera, juga dikenali sebagai Tasik Buenos Aires. Di sinilah anda akan jumpa dengan Gua Marble ni. Tempat ni kalau nak pergi kena naik bot atau pun kayak yang disediakan oleh syarikat pelancongan di sana.

Zhangjiajie National Forest Park, China

Walaupun tempat ini kelihatan seperti lokasi dalam filem sains fiksyen ‘Avatar,’ tapi ianya merupakan destinasi yang rare yang terletak di daerah Hunan, China.Terdapat kereta kabel di sana yang akan membawa para pelancong naik melintasi batu-batu yang membentuk seperti menara itu. Tibanya di atas, anda akan menyaksikan satu pemandangan yang mejastic

Baca juga artikel menarik lain:

Upacara Unik Pengebumian Keranda Gantung!

Bongkah Ais Sebesar Tiga Kali Ganda Kota London Dalam Laluan Merempuh…

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.