Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Gaya Hidup

Pelik Tapi Benar! Budaya Di Uganda, Si Isteri Perlu Susukan Suaminya

Kesian baby dia..

Published

on

Tidak dinafikan susu ibu mempunyai khasiat yang istimewa untuk anak yang dilahirkannya. Ia sangat berharga bukan hanya untuk anak tetapi untuk si ibu cipta kenangan manis bersama anak semasa menyusukannya. Namun, tidak semua ibu dikurniakan susu badan yang banyak tetapi ia bukanlah perkara yang buruk jika ia berlaku.

Hari ini kami nak kongsikan satu isu di Uganda yang berkaitan dengan susu ibu. Di Uganda, wujud satu budaya isteri dipaksa menyusukan si suami. Budaya ini telah didiamkan namun ia Menteri Kesihatan Uganda menyatakan tabiat ini perlu dihentikan dengan segera.

Hal ini kerana pihaknya telah menerima banyak laporan berkenaan bayi-bayi kurang zat dalam badan akibat tidak mendapat susu ibu yang cukup. Oleh itu, ibu-ibu di sana memilih untuk memberikan susu formula kepada anak mereka disebabkan susu badan mereka habis disedut sang suami. Bertambah aneh apabila pihak perubatan di sana kerap menerima kes wanita mengalami masalah jangkitan payu dara disebabkan gigitan suami semasa menyusu.

Kenapa Si Suami Pun Nak Susu?

Antiretroviral Drugs Pose Low Risk to Breastfeeding Mothers, Infants | Medicine | Sci-News.com

Menurut satu laporan yang dikendalikan oleh Universiti Kyambogo dan Univeristi of Kent, Britain dapati majoriti sang suami mahu disusukan isteri adalah sebagai tanda kesetiaan dan simbol kasih sayang. Mereka juga dapati si isteri terpaksa bersetuju dan memilih untuk mengindahkan kesan kepada bayi kerana takut suami akan main kayu tiga.

Ada juga yang mengatakan ia adalah satu kepercayaan segelintir lelaki Uganda di mana susu badan isteri mampu berikan mereka tenaga dan kuatkan organ seksual mereka. Seterusnya ada juga yang percaya ia mampu menyembuhkan penyakit seperti AIDS dan kaser jika mereka menyusu dengan kerap. Alahai, kesian anak..

Selain para suami di Uganda, para suami di negara Tanzania percaya minum susu isteri mampu pulihkan mereka mabuk. Manakala suami di Kenya telah ditetapkan satu buah dada isteri untuk sang suami, sebelah lagi pula untuk anaknya.

Apapun, ini adalah satu kepercayaan budaya yang mungkin perlu ditekankan oleh pihak kesihatan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan bayi kecil. Susu ibu sangat berkhasiat namun ia adalah lebih baik untuk bayi bukannya suami.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Shaheizy Sam Dilabel Punyai Budaya Buruk Ketika ABPBH 33?

Umur 23 Tahun 25 Anak, 40 Tahun Wanita Ini Ada 44 Orang Anak Kandung!

 

 

Sumber: Health Europa

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Phone
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Advertisement