Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Pasangan Mengadu Dengkuran Tidur Terlalu Kuat, Anda Mungkin Alami Apnea Sleep

today17 December 2020

Background

Ada orang cukup tidur 8 jam namun masih mengantuk pada waktu pagi. Ada juga yang kerap mengalami dengkuran yang luar biasa semasa tidur sehinggakan ia mengganggu tidur pasangannya. Tahukah anda bahawa berdasarkan situasi diatas anda mungkin menghadapi satu masalah yang dipanggil sebagai Apnea Sleep atau Apnea tidur?

Apnea tidur adalah gangguan tidur serius di mana pernafasan berulangkali terganggu ketika tidur. Kesannya, organ mereka yang mengalami apnea tidur, terutamanya otak, mungkin tidak mendapat oksigen yang mencukupi serta tidur menjadi kurang berkualiti, yang juga menyebabkan pesakit penat ketika siang.

Apnea tidur-Alodokter

Untuk pengetahuan anda, ada dua jenis utama bagi Apnea tidur iaitu:

  1. Apnea tidur obstruktif: bentuk paling biasa yang disebabkan oleh salur udara tersumbat.
  2. Apnea tidur sentral: tidak disebabkan oleh saluran udara yang tersumbat, tetapi diakibatkan oleh ketidakstabilan dalam kawalan pernafasan pusat (RCC). Kesannya, otak gagal untuk memberi signal kepada otot agar bernafas.

Apnea tidur sangat biasa berlaku. Ia biasanya berlaku lebih banyak pada lelaki berbanding wanita, kira-kira 2-3 lelaki dibandingkan dengan 1 wanita. Ianya boleh terjadi pada mana-mana usia, tapi kejadian adalah lebih biasa bagi dewasa dalam pertengahan umur. Ianya boleh diurus dengan mengurangkan faktor risiko.

Simptom biasa bagi apnea tidur adalah seperti berikut:

  • Dengkur yang kuat.
  • Orang lain menyaksikan episod-episod gangguan pada pernafasan.
  • Bangun secara tiba-tiba disertai sesak nafas.
  • Bangun dengan mulut kering dan sakit tekak.
  • Sakit kepala waktu pagi.
  • Kesukaran untuk tidur (insomnia).
  • Rasa mengantuk yang melampau ketika pagi (hipersomnia).
  • Masalah untuk fokus.

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya menghadapi dengkur kuat yang boleh menggangu tidur orang lain atau diri anda, nafas pendek, tercungap-cungap atau tercekik yang membangunkan anda dari tidur, pernafasan berhenti-henti ketika tidur, rasa mengantuk melampau di siang hari, terasa penat, mengantuk dan cepat rasa terganggu.

Jangan risau ya, setiap masalah ada jawapannya. Jika anda rasa diri ada tanda-tanda seperti berikut, segeralah dapatkan rawatan dan nasihat dari pakar. Semoga informasi yang dikongsikan ini sedikit sebanyak membantu anda!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Malas Gosok Gigi Sebelum Tidur Boleh Mengundang Pelbagai Penyakit

Ini Rupanya Sebab Kucing Suka Tidur Bersama, Tapi Selamat Ke?

 

Sumber: UPM, Alodokter

Written by: Adinna


Previous post

2-_x600 (1)

Sukan

PSSI Atur Perlawanan Persahabatan Menentang Barcelona Untuk Skuad Indonesia B-19

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kini sedang mengatur perlawanan persahabatan diantara skuad Garuda Muda menentang kelab terkemuka dunia, Barcelona yang terdiri daripada pelatih akademi La Masia. Penularan wabak pandemik COVID-19 telah sedikit menjejaskan persiapan Indonesia B-19 bagi menghadapi kejohanan AFC B-19 dan Piala Dunia B-20 pada tahun depan. Disebabkan itu, pengendali pasukan, Shin Tae-yong merancang untuk berlatih di luar negara dan PSSI menjadikan negara eropah... Klik untuk baca artikel […]

today17 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *