Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Panduan Mudah Untuk Mohon 6 Bulan Moratorium Bagi Mereka Yang Terjejas Dengan PKP 3.0

today10 July 2021

Background

Kesemua peminjam individu, perusahaan mikro serta PKS yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 kini boleh memohon moratorium di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Para peminjam boleh memilih untukΒ menangguhkanΒ bayaran pinjamanΒ bagi tempoh 6 bulan.

Pihak bank juga menawarkan pakej bayaran balik pembiayaan yang lain sepertiΒ penguranganΒ bayaran bulanan buat peminjam. Kesemua permohonan untuk pakej-pakej ini adalah sangat mudah untuk dipohon tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan. Kelulusan juga akan diberikan secara automatik kepada pemohon.

BANTUAN TERSEDIA UNTUK SEMUA LAPISAN MASYARAKAT

Pakej ini adalah bantuan menyeluruh untuk semua golongan termasuk mereka yang sedang berada dalam program bantuan bayaran balik pinjaman dan sedang menjelaskan bayaran mengikut terma program tersebut.

Namun, buat peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman melebihi 3 bulan pula anda boleh juga menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan (AKPK) bagi mendapatkan nasihat kewangan secara percuma. Pihak mereka akan membantu anda untuk memilih bantuan bayaran balik pinjaman yang bersesuaian dengan situasi kewangan semasa.

Untuk baca selanjutnya, klik di sini.

Written by: Hamka Rosli