Dalam menyambut kehadiran cahaya mata, macam-macam perkara perlu disiapkan. Dalam pada itu, kita juga perlu bersedia untuk menamakan anak dengan nama yang baik dan mengelakkan juga nama yang dilarang dalam Islam.
Menurut perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, nama anak perlulah diberikan seeloknya.
Bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W :
إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ
Sesungguhnya kamu sekalian akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu.Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu. (HR. Imam Abu Daud dari Abu Dardak ra.)
Oleh itu, adalah penting untuk kita elakkan nama-nama yang dilarang dalam Islam.
Jom kita kenali nama-nama yang tidak boleh diberikan kepada anak.
NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM UNTUK BAYI
1. NAMA YANG MEMBAWA MAKNA BURUK
Makna yang buruk di sini terbahagi kepada dua iaitu nama yang bertentangan dengan syariah dan mempunyai maksud yang tidak baik. Nama ini tidak dibenarkan untuk digunakan kepada anak kerana ia boleh menyebabkan kebencian atau boleh meruntuhkan peribadi anak. Antara nama yang membawa makna buruk ialah Harb (perang), Himar (Keldai) dan Kalb (anjing).
Untuk baca selanjutnya, klik di sini.