Connect with us

Hiburan

Mac Bulan Kesedaran Endometriosis, Para Wanita Perlu Ambil Tahu!

Dalam pada masa yang sama juga, beliau turut terangkan beberapa bahagian organ dalam wanita endometriosis ini boleh terjadi. Adakah pada bahagian rahim saja?

Published

on

Menurut portal MyHealth, Endometriosis ialah satu keadaan yang tidak merbahaya tetapi boleh menyebabkan kesakitan dan pelbagai masalah lain yang kerapkali mengganggu pengeluaran benih, serta menyekat saluran peranakan wanita.

Secara saintifiknya, keadaan di mana tisu yang menyerupai lapisan dalam rahim (endometrium) terdapat di luar rahim seperti tempat di sekitar rahim, ovari, dan tiub fallopian.

Endometriosis: Punca, Simptom dan Cara Rawatan - The Diagnosa

Walaupun keadaan ini 1 dalam 10 wanita boleh mengalami masalah ini namun, bukan tiket untuk pandang enteng. Jadi bulan Mac yang merupakan bulan kesedaran Endometriosis bagi kalangan wanita, kami terangkan serba sedikit tentang penyakit ini.

Menurut Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr. Muhammad Izzat menerusi ciapan twitter akaun miliknya, simptom penyakit ini adalah simptom biasa  yang dialami pesakit termasuklah sakit pada pelvis, haid yang tak teratur atau kadang-kadang banyak.

“Bagi mereka yang sudah berkahwin, mengalami kesakitan ketika membuat hubungan seks dan sesetengahnya ada masalah kesuburan. Namun, ada juga pesakit mengalami sakit berkaitan dengan usus, pundi kencing, bahagian belakang, peha atau sebahagian kaki.

Penyakit Endometriosis - Simptom dan Punca - Tips Kesihatan

Walaupun begitu, ada juga segelintir tidak ada apa-apa simptom langsung. Lazimnya sakit ini berlaku dalam corak atau pola yang sama. Bagaimanapun, sakit ini akan hilang atau jadi berkurangan apabila wanita ini mengandung.” tulisnya ringkas.

Dalam pada masa yang sama juga, beliau turut terangkan beberapa bahagian organ dalam wanita endometriosis ini boleh terjadi. Adakah pada bahagian rahim saja?

No photo description available.

Malah, Dr Izzat turut terangkan bagaimana bentuk rawatan yang akan diberikan pada mereka yang mengalami penyakit ini. Caranya terbahagi kepada tiga cara, iaitu…

No photo description available.

Apa pun, setiap orang perlu mengambil inisiatid untuk membuat medical check-up setiap dua kali setahun untuk mengenal pasti sebarang penyakit terutama bagi wanita yang sudah berkahwin dan sudah beranak.

Sediakan payung sebelum hujan!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Wanita Ini Sudah Sampai Tempat Penghantaran Makanan, Rupanya Pelanggan ‘Saja Nak Main-Main Je..’

Wanita rugi RM418,400 diperdaya Love Scam

Sumber: twitter

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.