Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Gaya Hidup

Kes Postif Covid-19 Makin Meningkat, Apa Nak Buat Jika Ahli Keluarga Atau Rakan Positif Covid-19?

Jangan panik! #kitajagakita

Published

on

Setiap hari kebanyakan rakyat Malaysia menanti perkongsian jumlah kes positif Covid-19 harian dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tiada siapa meminta diri atau orang tersayang dijangkiti virus ini dan ianya adalah satu situasi yang paling akhir diharapkan berlaku. Namun, melihat kepada penambahan angka kes Covid-19 di Malaysia yang kembali meningkat membuatkan ramai di kalangan kita semakin cemas dan bimbang.

Tidak terbayang jika orang tersayang atau rakan terdekat positif lebih lagi jika ada anak kecil di rumah. Alahai.. Semoga kita dijauhkan dari dijangkiti pandemik ini. Bagaimanapun, jika anda sedang alami situasi ini jangan risau dan panik! Hari ini kami akan kongsikan 5 langkah yang mungkin dapat membantu anda menghadapi situasi tersebut. Semoga ia bermanfaat.

Ini ujian kami sekeluarga' | Harian Metro

Persiapan diri

Tidak dinafikan ia sukar untuk menjangkakan diri kita akan terselamat daripada wabak itu dan persiapan diri perlu dilakukan bagi menghadapi sebarang situasi mencemaskan. Pihak KKM menyarankan setiap daripada kita sentiasa bersedia agar tidak panik jika ada ahli keluarga atau rakan terdekat dijangkiti Covid-19. Ini termasuklah sentiasa mengikut semua saranan yang dikeluarkan seperti menjaga kebersihan diri agar terlindung daripada kuman.

Seterusnya, pastikan seisi keluarga anda kerap mencuci tangan dengan sabun, elak menyentuh bahagian wajah dengan tangan yang kotor serta menjaga jarak adalah penting bagi mengurangkan potensi terkena virus itu. Paling penting gunakan pelitup wajah setiap kali keluar rumah.

Menyiapkan keperluan

Difahamkan pihak KKM akan memerlukan masa sedikit untuk mengemas kini data dan menguruskan proses penempatan sementara untuk pesakit positif oleh itu akan ada kes yang perlu lakukan kuarantin kendiri di rumah. Jika ada orang terdekat yang positif Covid-19 atau perlu menjalani kuarantin sementara di rumah, tanya sama ada mereka memerlukan bantuan kerana pada tahap ini pesakit tidak dapat berfikir tentang hal lain selain soal kesihatan mereka.

Antara barangan keperluan yang dapat membantu mereka termasuklah;

* Termometer untuk memantau suhu badan selain bahan pembersih, isoproply alcohol.

* Paracetamol seperti asetaminofen.

* Sarung tangan dan pelitup wajah.

* Sabun dan hand sanitizer.

* Tisu secukupnya bagi kegunaan ketika batuk dan bersin.

* Kelengkapan membersih lain seperti sarung tangan dapur, plastik sampah dan sebagainya.

46 dikuarantin libatkan ahli keluarga, rakan sekerja selepas seorang staf Wisma Putra positif Covid-19 - Semasa | mStar

Kuarantin segera

Seterusnya, jika anda pernah berhubung secara langsung atau tinggal sebumbung dengan pesakit Covid-19, segera kuarantin diri sendiri. Selain itu, amatlah penting untuk anda menggunakan bilik dan tandas berasingan namun jika ruang terhad di rumah dan anda mempunyi ahli keluarga yang ramai, anda boleh berkongsi tetapi pastikan kebersihan dijaga dengan teliti.

Jika tinggal bersendirian, proses kuarantin tidak terlalu sukar namun kita perlu memastikan bijak menguruskan diri agar tidak timbul sebarang masalah. Selain itu, ada perlu pastikan tidak menerima tetamu buat masa seketika sehingga tempoh kuarantin anda berakhir.

Menjaga kebersihan

Jika sakit, pastikan anda guna pelitup wajah ketika berada di sekeliling orang lain malah sentiasa berpesan kepada ahli keluarga untuk melakukan perkara sama meskipun berada di rumah. Selain itu, pastikan anda dan keluarga sentiasa menjaga kebersihan serta kerap mencuci tangan serta tidak berkongsi makanan atau pinggan dengan anggota keluarga yang lain.

Sekiranya ada anggota keluarga sedang dikuarantin, pastikan guna sarung tangan ketika mencuci pinggan dan cawan yang mereka gunakan serta direndam dalam air panas. Jika ada bahan pencuci berasaskan alkohol adalah lebih baik. Asingkan pakaian mereka sebelum dicuci dan sebaik-baiknya ia direndam berasingan dengan campuran air panas.

Menjaga kesihatan

Jika pesakit adalah anggota keluarga, pastikan diri dan orang lain di sekeliling anda berada dalam keadaan sihat. Pastikan tiada siapa keluar daripada rumah kerana bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain sekiranya ada di antara mereka positif tanpa disedari memandangkan ada yang tidak menunjukkan gejala. Untuk mengurangkan penularan virus di dalam rumah sendiri, pastikan pengedaran udara berada dalam keadaan baik dengan membuka tingkap dan pintu. Jaga kebersihan dan makan ubat sekiranya perlu selain melakukan senaman serta mendapat tidur yang cukup.

Bersamalah kita menjaga kesejahteraan diri dan ahli keluarga. Jika ada yang positif di rumah, janganlah terus panik dan kelam kabut mencari punca sebaiknya anda terus asingkan diri dan ikuti langkah yang telah dikongsikan di atas. Semoga perkongsian kami kali ini dapat membantu anda.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Mungkin Salah Satu Punca Kes Naik, Warga Emas Tutup Gelang Pink Guna Kain

Kontak rapat tampil jalani saringan

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Phone
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Advertisement