Connect with us

Gaya Hidup

Jaga Makan Semasa Tubuh Badan Sihat. Ikut Nasihat Pakar Cara Elak Makan Berlebihan

Sihat tak semestinya boleh makan ikut suka…

Published

on

Orang Malaysia ni memang terkenal dengan juadah makanan yang pelbagai, lazat dan enak. Antara yang paling popular adalah nasi lemak atau roti canai, yang mana ia dimakan tidak kira waktu sama ada pagi, petang ataupun malam. Makanan yang enak dan lazat ini juga sebenarnya mempunyai kandungan lemak yang boleh menyumbang kepada sesuatu penyakit

Enak dan lazat, namun ia boleh mendatangkan risiko penyakit-penyakit berbahaya. Itulah antara perkara yang perlu dilihat oleh semua masyarakat di Malaysia tentang gaya pemakanan yang seimbang dan sihat. 

Elak Makan Ikut Nafsu

Juadah makanan seperti sambal ikan bilis, kuah laksa, dan lontong sebenarnya mengandungi kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi. Jadi, pesakit yang mempunyai masalah darah tinggi atau hipertensi perlu mengawal pengambilan garam berlebihan dalam makana. Makan seperti fastfood juga perlu dikurangkan. Tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dalam darah, paras gula dalam darah tinggi dan sakit perut, antara penyakit yang yang sering dikaitkan apabila gagal mengawal pemakanan.

Menurut Pakar Diet Pemakanan, perkara yang perlu diberi perhatian tidak kira pada situasi menghadiri majlis atau pada hari-hari biasa adalah keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian. Setiap sajian yang diambil harus pelbagai dan memenuhi diet seimbang dalam kuantiti sederhana terutama bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik bagi mengelakkan timbulnya masalah lain.

Jaga Pemakanan Walaupun Semasa Sihat

Kepada yang sudah mempunyai penyakit, mungkin penjagaan makanan ini antara perkara yang sangat dijaga. Seperti pesakit kencing manis, mereka perlu mempunyai waktu makan yang teratur dan tidak boleh mengambil makanan berkanji dalam jumlah yang banyak pada satu masa. 

Namun, bagi yang masih mempunyai tubuh badan yang sihat ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati. Anda perlu kurangkan pengambilan air dan makanan manis kerana pengambilan yang berulang tetap akan memberi kesan buruk kepada tubuh badan yang sihat. Bagi pesakit darah tinggi pula, mereka perlu mengawal pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam dan lemak.

Jika anda makan secara berlebihan, ia boleh mengakibatkan berat badan meningkat dan akan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti. Tambahan lagi, kenaikan berat badan secara mendadak dan sukar menurunkannya kembali akan memberi kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang. Berat badan berlebihan atau obesiti juga akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung, strok dan sebagainya.

Tip Mudah Elak Makan Secara Berlebihan

Mungkin ada masa kita berasa terlalu lapar dan dalam pada itu dihidangkan pula dengan makanan yang sedap, jadi kita pun makan secara berlebihan. Sebenarnya itu merupakan satu tabiat pemakanan yang tidak baik. Cuba tip ini untuk kawal makan secara berlebihan pada setiap masa:

  • Jangan makan ketika perut terlalu kosong. Amalkan waktu makan yang teratur pada setiap waktu makan utama.
  • Amalkan konsep Pinggan Sihat Malaysia. Suku untuk kanji, suku untuk lauk atau protein, dan separuh untuk sayur dan buah-buahan.
  • Lebihkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat bagi membantu mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Elakkan kekerapan minum air manis dan gantikan dengan air kosong.
  • Gunakan pinggan bersaiz kecil untuk menampakkan makanan sudah mencukupi di atas pinggan.
  • Kunyah makanan secara perlahan dan nikmati juadah anda dalam keadaan yang selesa.
  • Elakkan makan semasa bersembang dan menonton televisyen atau bermain alat elektronik kerana ini akan menyebabkan makan dalam kuantiti yang banyak tanpa sedar.

Itu antara perkara yang anda boleh lakukan untuk elak makan secara berlebihan. Tidak kira individu yang berpenyakit ataupun masih sihat, kuantiti dan jenis juadah perlu diberi perhatian terutama untuk makanan yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak. Oleh itu, melalui gaya hidup sihat seperti mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal, kesejahteraan kesihatan kita akan berada dalam keadaan yang baik bagi jangka masa panjang.

Baca juga artikel menarik lain:

Ketahui 6 Peribahasa Ini Yang Sering Disalah Erti

Cabaran Kesihatan Mental Pekerja, Majikan Dalam Mengharungi Gelombang Ketiga COVID-19

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di