Connect with us

Gaya Hidup

Hidap ‘Down Syndrome’ Bukan Penghalang Gadis Ini Hafal 30 Juzuk Al-Quran

Rawwan Dwaik merupakan gadis down syndrome pertama yang berjaya menjadi seorang hafizah.

Published

on

Tindakan menghafal 30 juzuk ayat suci al-Quran adalah satu kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang terpilih. Tidak dinafikan, menghafal bait-bait ayat indah itu bukanlah sesuatu yang mudah jika kita tidak memberi ketekunan yang tinggi.

Bagaimanapun, ia tidaklah susah jika anda ada kemahuan dan semangat yang tinggi untuk melazimi kitab suci tersebut. Tular kisah istimewa oleh seorang gadis dari Jordan yang berjaya menjadi seorang hafizah apabila menghafal 30 juzuk ayat suci al-Quran.

Apa yang membuatkan kisah istimewa ialah gadis yang bernama Rawwan Dwaik menghidapi down syndrome. Menerusi perkongsian di Twitter @thedailyreminder, Rawwan Dwaik merupakan gadis down syndrome pertama yang berjaya menjadi seorang hafizah dan berita itu telah membuatkan orang ramai memuji dan ‘cemburu’ dengan kelebihan yang ada padanya.

Artikel menarik lain: [VIDEO] Hormati Agama, Paul Pogba ‘Selamba’ Alih Minuman Keras Atas Meja

Sementara itu, ibunya sempat berkongsi bahawa Rawwan mengambil masa 7 tahun untuk menghafal al-Quran dan dia berjaya melakukannya pada pada 29 Ramadan tempoh hari. Bagi memastikan Rawwan betul-betul menghafal, ibunya bertindak membawa Rawwan berjumpa beberapa orang Sheikh dan guru lain bagi mengujinya untuk beberapa bahagian. Usahanya membuahkan hasil yang sangat baik apabila Rawwan berjaya melepasi ujian-ujian tersebut dan kini bergelar seorang hafizah.

Tambah ibunya lagi, Rawwan membaca al-Quran sebanyak 3 kali sehari. Katanya, Rawwan telah didik sejak kecil bahawa al-Quran adalah penyuluh hidup. Usaha Rawwan tersebut telah membuatkan warganet berasa bangga dan ramai ucapan tahniah kepada gadis berkenaan di media sosial. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan!

Baca juga: Tawar Kerja Penyelidik Bagi Kajian Jantina Ketiga Di Malaysia, JAKIM Mohon Penjelasan Rasmi SUHAKAM

Sumber: Twitter @thedailyreminder

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5656
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di