Connect with us

Gaya Hidup

Dapat I-Sinar Kemudian Melabur, Rugi Ke Tak?

Keadaan kewangan semasa akan tentukan sama ada boleh melabur ataupun tidak…

Published

on

Mungkin ada di antara kita yang mendapat khabar gembira dan melegakan apabila permohonan batch pertama I-Sinar sudah diluluskan dan mula diagihkan. Namun persoalannya, ada yang ingin menggunakan wang yang diterima ini untuk melabur. Jadi, adakah ia merugikan ataupun tidak?

Bagi gologan T20 mungkin wang yang diterima ini dilihat sebagai peluang untuk menggandakan lagi duit simpanan atau pelaburan. Tapi bagi golongan yang betul-betul terkesan dan memerlukan duit, mungkin cadangan untuk buat pelaburan itu sedikit berisiko. Takut ada yang tersalah langkah kemudian gunakan semua duit yang diterima untuk pelaburan, sedangkan duit tersebut diperlukan dalam waktu terdekat ini.

Sedikit perkongsian daripada pemanggil, ada yang mengatakan duit yang diterima itu berbaloi untuk dilaburkan kerana ia merupakan duit kita sendiri. Tapi pelaburan yang dibuat perlukan bagi jangka masa panjang. Dalam pada itu, ada juga pemanggil yang berkongsi duit yang diterima itu digunakan untuk membeli motor, kerana ia juga dilihat sebagai bentuk pelaburan untuk motor tersebut digunakan bagi tujuan menjadi rider penghantar makanan.

Melabur Untuk Tingkatkan Kecairan Kewangan

Melalui perkongsian bersama Encik Alwi Adam, Penasihat Kewangan, beliau menggalakkan pelaburan ini untuk meningkatkan kecairan atau improve liquidity. Jadi kalau ada masalah di masa hadapan, duit yang dilaburkan itu dapat digunakan. Ia juga dikira sebagai tambahan kepada simpanan kecemasan.

Bagaimanapun, wang yang dilaburkan itu perlu diletakkan pada instrumen yang sukar untuk kita keluarkan. Sebagai contoh pelaburan di ASB atau Tabung Haji, ia merupakan salah satu instrumen simpanan yang susah untuk dikeluarkan. Duit yang disimpan pun akan berganda jika dibiarkan lama, dan bila tiba waktu kecemasan, kita boleh pergi ke kaunter berkenaan untuk dikeluarkan.

Labur Dalam Instrumen Yang Diyakini Ramai

Kemudian, kalau kita sudah buat keputusan untuk melabur, cari instrumen yang kita familiar dahulu atau instrumen pelaburan yang diyakini ramai. Seperti sekarang orang berebut-rebut beli emas adalah sebab ia merupakan satu pelaburan yang sedia tahu oleh semua orang. Emas sememangnya mempunyai nilai di mata kita. Bagaimanapun, emas bukanlah satu bentuk pelaburan untuk kita jangkakan dalam pulangan dalam waktu terdekat.

Menurut Alwi, emas dibeli untul kekalkan nilai kewangan kita. Beli emas untuk kekalkan kuasa beli kita kerana ia merupakan logam yang berharga. Jadi kalau nak laburkan duit yang diterima daripada I-Sinar tu, laburlah secara bijak dan bukan membabi buta. Sekiranya wang diperluka buat masa sekarang, tangguhkan dahulu niat melabur dan dahulukan yang penting dahulu. 

Untuk dengarkan lebih lanjut perbincangan ini, klik saja di sini.

 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Wanita Guna ‘Gorilla Glue’ Untuk Cantikkan Rambut, Terpaksa Terima Rawatan Di Hospital

Isteri Dakwa Aman RA Berlaku Curang, Dah Empat Kali Lafaz Cerai?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di