Connect with us

Gaya Hidup

Cepat Rasa Dahaga Semasa Berpuasa? Cuba Cara Ini Untuk Elak Dehidrasi

Memang mencabar berpuasa ni, tapi kalau boleh jangan sampai kita kekurangan sumber air dalam badan. Lakukan perkara ini!

Published

on

Memang tak dinafikan dalam bulan puasa ni kita akan menitikberatkan pemakanan kita sewaktu berbuka dan sahur bagi mengelakkan badan menjadi lemah keesokkan harinya. Bila badan rasa letih sebab tak makan dengan betul, nak buat kerja pun rasa tak semangat, dan yang paling crucial semasa bulan Ramadan adalah memastikan badan kita terhidrat dengan minum air secukupnya. Jom tengok cara paling berkesan bagi mengekalkan hidrasi tubuh kita.

Minum Air Secukupnya

Kalau bulan-bulan lain, senanglah untuk kita bahagikan pengambilan air 8 gelas sehari ni sebab boleh minum waktu siang. Tapi bila bulan Ramadan ni waktu yang kita ada adalah dibelah malam sahaja sehingga waktu subuh. Jadi takut tak terkejar pula nak minum air masak 8 gelas tu.

Tak mustahil sebenarnya untuk kita habiskan 8 gelas tu, tapi syaratnya kena kurangkan minuman yang manis dan makan secara berkala. Boleh mulakan berbuka puasa dengan meminum segelas air masak dahulu. Lepas tu kita makan pun jangan sampai penuh perut. Kemudian boleh minum lagi segelas lepas habis makan juadah berbuka. Dah dua gelas anda minum. Kemudian anda boleh minum lepas solat Mahgrib sekali dan lepas solat Isyak sekali.

Baca juga: Bersiap Sedia Untuk Berpuasa! Cuba Tips Mudah Bangun Sahur ini

Bila dah habis buat solat sunat Tarawih, bolehlah minum lagi segelas, dan sebelum tidur pun minum lagi segelas. Jadi sepanjang malam tu anda dah minum 6 gelas air masak. Lagi dua gelas anda boleh minum waktu sahur. Maka, lengkaplah rutin minum air masak secukupnya semasa bulan puasa. Jadi badan pun tak akan rasa letih sangat bila berpuasa dan boleh kekalkan tenaga untuk melakukan tugas-tugas harian.

Elakkan Air Manis Dan Berkafein

Segala jenis minuman bersoda yang manis atau minuman energy seperti Redbull boleh membuat kita mudah rasa dahaga. Minuman berkafein yang mengandungi deuretik pula boleh mengurangkan cecair dalam badan dan buat kita mudah haus. Jadi untuk bulan Ramadan mungkin pilihan air ni boleh diketepikan dahulu. Kalau andsa rasa nak minum air manis juga, lebih baik buat jus tembikai yang diminum sejuk dan segar. Tapi pastikan ia tak ditambah gula.

Makan Buah Dan Sayur Untuk Elak Dehidrasi

Selain minum air masak secukupnya, pemakanan buah yang mengandungi kandungan air yang tinggi juga boleh menjadi sumber untuk cukupkan cecair dalam badan. Contohnya macam buah tembikai. Makan buah tembikai sejuk-sejuk memang best. Kira ni kalau dah bosan minum air masak bolehlah makan tembikai.

Selain buah, sayur-sayuran hijau juga mengandungi peratusan cecair yang tinggi. Memakan sayur pun boleh menampung kehilangan cecair dalam badan. Contohnya seperti sayur timun yang dimakan sejuk.

Elak Makan Makanan Masin Atau Berjeruk

Makanan masin sebenarnya boleh menyebabkan tubuh kita mudah dehidrasi terutamanya waktu berpuasa. Walaupun tubuh kita memerlukan sumber mineral dari garam, jumlahnya sebenarnya sedikit sahaja. Jadi untuk bulan puasa ni mungkin boleh ketepikan dulu menu ikan masin.

Jadi itulah sedikit sebanyak tips bagaimana untuk memastikan badan anda kekal hidrasi dan bertenaga sepanjang Ramadan ini. Kita baru memasuki minggu pertama Ramada. Semoga kita dapat kekalkan momentum untuk terus menjalani ibadah berpuasa ini dengan penuh semangat.

Baca juga: Puasa Ni Tak Tahu Nak Sahur Apa? Jom Cuba 5 Menu Ringkas Ini

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di