Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Cara Mudah Bersihkan Barang Kemas Di Rumah Je

today13 January 2021

Background

Barangan perhiasan diri adalah salah satu ‘kawan baik’ orang wanita. Ada wanita yang sukakan emas kuning, emas putih atau ada juga yang sukakan keduanya sekali! Barangan perhiasan diri juga merupakan ‘confident booster’ bagi sesetengah wanita kerana apabila memakainya mereka akan rasa diri lebih lengkap dan merasakan diri lebih cantik dari biasa. Bukan semua wanita sukakan barangan kemas yang besar dan bercorak berat, ada juga yang sukakan ia nipis kerana nampak lebih manis!

Namun, tidak kira barang kemas anda besar atau kecil, tahukan anda apabila kita kerap memakainya, lama kelamaan warnanya akan bertukar menjadi kusam dan buruk. Jadi, untuk kembalikan kilauan itu kami ingin kongsikan kepada anda semua tentang 3 cara membersihkan aksesori anda dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah sahaja.

via GIPHY

AIR SUAM + PENCUCI PINGGAN MANGKUK

Barang kemas silver dan emas termasuklah yang bersalut, serta white and rosegold boleh dicuci dengan menggunakan air suam dan sedikit bahan pencuci pinggan mangkuk.

Caranya:

  1. Masukkan di dalam mangkuk (semua barang kemas yang disebut tadi boleh masuk sekali)
  2. Rendamkan selama 15 minit dengan campuran tadi
  3. Kemudian, berus dengan baby toothbrush (sebab hujungnya lebih lembut) atau guna cotton swab untuk lebih senang mencapai semua celah-celah yang kotor
  4. Akhir sekali, bilas dengan air dan keringkannya dengan kain atau hairdryer.

ALUMINIUM FOIL + SERBUK PENAIK

Caranya:

  1. Letakkan gelang silver anda ke dalam aluminium foil yang dibentangkan dalam mangkuk.
  2. Tambahkan air panas dan serbuk penaikΒ  lalu rendam selama 30 minit.
  3. Selepas itu, angkat dan keringkan dengan kain lembut.

Hasrat melaram barang kemas lebur, ditipu 'tukang emas' media sosial | Astro Awani

POLISHING CLOTH

Caranya:

  1. Gunakan polishing cloth yang mampu mengembalikan kilauan pada silver, emas, brass, platinum dan copper
  2. Lap sehingga bersinar dengan menggunakan krim dan penyembur pengilap
  3. Gunakan kain lembut seperti kain lap cermin mata sebab senang nak kekalkan barang kemas dalam bentuk sempurna
  4. Disarankan untuk lapnya selepas pakai terutamanya dibahagian yang selalu terkena pelembab atau solekan

Jadi selepas ini anda tidak perlu lagi ke kedai emas untuk cuci dan serikan kembali barangan perhiasan anda. Semoga tips mudah kami ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba!

 

Baca juga:

Adibah Noor gadai barang kemas demi wang

Ifa pakai barang kemas RM3.5 juta dalam klip video

 

 

 

 

Sumber: Wanista

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

Dibenarkan ‘Rentas Negeri’ & Pulang Kediaman Masing-Masing Sebelum Jumaat Ini

Jelas beliau lagi, kelonggaran hanya akan diberi kepada mereka yang mempunyai sebab tertentuο»Ώ.Pihaknya difahamkan, ada antaranya melawat keluarga yang sakit di hospital dan akan pulang dua hari lagi, iaitu Khamis (hari ini) misalnya."Maka saya sudah bincang dengan PDRM, kes tertentu seperti ini dibenarkan (rentas negeri)."Jadi jangan bimbang kalau mereka terperangkap di kampung seperti dulu, masa PKP dulu sehingga kita terpaksa buat program khas untuk benarkan yang terperangkap... Klik untuk baca […]

today13 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *