Connect with us

Gaya Hidup

Betul Ke Ada Kesan Buruk Bila Ambil Vitamin C Terlalu Banyak?

Fakta ini dijelaskan oleh seorang doktor perubatan bahagian Jabatan Kecemasan, Doktor Sazwan Reeza.

Published

on

Musim wabak berbahaya COVID-19 ni macam-macam ubat dan tip pencegahan kita dengar dan baca dari media sosial. Waktu ni la peniaga akan ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menjual ubat-ubatan yang belum tahu sejauh mana keberkesanannya.

Nasib baik ada sesetengah doktor tampil memberi nasihat kepada orang ramai di media sosial untuk tidak mengambil ubat sebarangan dan perbanyakkan mengambil vitamin C supaya dapat meningkatkan imunisasi tubuh badan.

via GIPHY

 Vitamin C terlalu banyak ada kesan buruk?

Cuma jangan terlalu banyak sangat ambil vitamin C sebab akan timbul kesan buruk.

Fakta ini dijelaskan oleh seorang doktor perubatan bahagian Jabatan Kecemasan, Doktor Sazwan Reeza tentang  cara pengambilan vitamin C yang sebenar menerusi akaun twitter miliknya.

Menurutnya, mana-mana individu yang mengambil vitamin C melebihi dos yang sepatutnya akan berisiko mendapat batu karang di buah pinggang.

No notable benefit of Vitamin C, thiamine, steroids combo in septic shock: JAMA

Sumber: medicaldialogues

Satu jenis buah sehari…

Malah, doktor tersebut meminta orang ramai untuk mengambil gizi ini cukup dengan satu jenis dalam sehari dan dia turut kongsikan 10 jenis buah yang mempunyai banyak kandungan vitamin C.

Sebenarnya bukan 10 jenis buah dan sayuran ni je tapi ada lagi banyak antaranya pisang, tembikai, nenas, bijirin dan banyak lagi.

Sebelum tu nak diingatkan kalau ada di antara kita mengambil suplemen vitamin C, pastikan dapat nasihat dari doktor terlebih dahulu. Jangan ikut sukahati telan je pil-pil vitamin C.

Jika tidak, buah pinggang anda akan mengalami kerosakan.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Heroin, pil Yaba dan ubat batuk dirampas dalam dua serbuan

Potensi ketum dalam perubatan

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.