Connect with us

Gaya Hidup

Berjalan 400KM Untuk Tenangkan Diri Selepas Dimarahi Isteri. Elak Buat Perkara² Ini Semasa Bertengkar

Selesaikan segala salah faham dengan tenang…

Published

on

Berselisih faham dengan pasangan dan akhirnya membawa kepada pergaduhan sememangnya lumrah kehidupan pasangan berkahwin. Namun ia tidak seharusnya berakhir dengan episod duka. Setiap salah faham pasti ada jalan penyelesaiannya.

Bagaimanapun, seorang lelaki di Itali memutuskan untuk ‘melarikan’ diri dengan berjalan sejauh 418 kilometer (km) dengan alasan mahu menenangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya, lewat bulan lalu. Lelaki berusia 48 tahun itu hanya berhenti berjalan selepas ditahan oleh kereta polis peronda di Gimmara, lebih 400 km dari kampung halamannya di Como, utara Milan.

Polis mengenal pasti identiti lelaki itu menerusi laporan orang hilang yang dibuat oleh isterinya apabila dia tidak pulang ke rumah sejak seminggu lepas. Polis bagaimanapun mempercayai cerita lelaki itu namun ia tidak cukup untuk dia melepaskan diri daripada denda melanggar waktu perintah berkurung sebanyak $490 (RM1,989).

Walaupun kisah lelaki ini agak lucu, namun ia bukanlah perkara yang baik untuk dilakukan selepas kita bertengkar atau dimarahi oleh pasangan kita. Selain itu, antara perkara-perkara lain yang perlu dielakkan semasa bertengkar adalah seperti:

Ungkit Kesalahan Lalu

Ia bermula dari satu salah faham yang kecil lalu menjadi pertengkaran besar apabila segala kesalahan lalu diungkit semula. Sepatutnya salah faham kecil tu boleh diselesaikan dengan mudah, tapi susah pula jadinya bila teringat semula segala kesalahan lampau. Sebaiknya kita fokus sahaja kepada isu semasa dan selesaikan dengan segera.

Menggunakan Kekerasan

Kekerasan ni dalam erti kata lain adalah domestic abuse. Sebenarnya ia bukan sahaja dilakukan oleh kaum lelaki, kerana kaum wanita juga mampu menggunakan kekerasan apabila timbul konflik dalam rumah tangga. Bertindaklah dengan rasional apabila menghadapi konfrontasi dengan pasangan. Kesan apabila kita sering gunakan kekerasan adalah pasangan kita mungkin tidak akan percayakan kita dan akan ingat sampai bila-bila apa yang kita lakukan terhadapnya. Selain itu, penggunaan kata-kata kesat juga boleh dianggap sebagai ‘kekerasan’.

Merendah-Rendahkan Pasangan

Apabila kita dikuasai emosi marah, tentu kita akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik seperti merendah-rendahkan pasangan. Mungkin kita akan kata yang pasangan kita tidak berguna dan sebagainya, namun kesan daripada kata-kata kita itu sebenarnya adalah mendalam. Pasangan kita mungkin akan berasa marah ataupun berkecil hati selepas itu. Bila ia ditambah pula dengan perasaan benci, tentu semakin sukar untuk membetulkan keadaan.

Melepaskan Kemarahan Kepada Anak-Anak

Ini antara perkara yang paling pantang dilakukan dalam rumahtangga. Apabila bergaduh dengan pasangan, janganlah libatkan anak-anak dan menjadikan mereka sebagai mangsa. Kesannya mungkin kita tak nampak sekarang, tapi apabila mereka sudah dewasa tentu mereka akan kurang hormat kepada kita di atas apa yang telah kita lakukan kepada mereka sewaktu kecil. Jika timbul salah faham, sebaiknya selesaikannya di belakang anak-anak. 

Mengelak Dan Melarikan Diri

Ini apa yang dilakukan oleh lelaki dari Itali tadi di mana dia melarikan diri sejauh 400KM. Jauh tu! Bagaimanapun jangan tiru tindakan lelaki tersebut kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah. Sebenarnya segala masalah yang tidak diselesaikan itu tersimpan dalam diri kita dan menunggu untuk ia meletup di kemudian hari. Berhenti melarikan diri daripada masalah dan hadapinya dengan kematangan seorang dewasa.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Akibat Puji Wanita Lain, Suami Terpaksa Pujuk Isteri Merajuk Lebih Setahun!

Wanita Hadir Ke Perkahwinan Bekas Suami Selepas Sebulan Bercerai Untuk Buktikan Kekuatan Diri

 

 

 

 

 

Sumber berita: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.