Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

5 Senarai Panggung Wayang Paling Menarik Dan Mewah Di Dunia

today22 May 2021

Background

Pada zaman dahulu, kita hanya boleh menonton gambar bergerak, video atau filem di skrin kaca televisyen yang bersaiz kecil. Apabila teknologi mula maju, kita dapat menyaksikan semua ini di skrin yang lebih jelas, besar dan canggih. Bayangkan jika sebuah skrin itu sebesar sebuah bangunan, pastinya ia lebih menarik dan enak ditonton, disertai dengan suara yang kuat untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan.

Baca juga:Β Mengapa Kita Bermaafan Di Hari Raya?

Panggung wayang atau ‘cinema’ adalah revolusi teknologi. Kini, telah banyak panggung wayang yang dibina berkonsepkan dewan. Malah, banyak juga binaan panggung wayang yang lain dari yang lain dan luar biasa. Ada yang dibina dengan konsep ‘outdoor’ dan ada juga yang dibina di atas air! Ini adalah 5 panggung wayang paling menarik dan mewah di dunia.

1. Sci-Fi Dine In Theatre (Disney Theatre)

Disney memang terkenal dengan kreativitinya tidak kiralah dari produksi filem sehinggalah kepada pemasaran jenama mereka. Lihat sahaja Studio Hollywood Disney, bermacam-macam ada di sana. Sci-Fi Dine In Theatre ini juga adalah salah satu taman tema di Walt Disney World yang terletak di Florida.

Memang menarik reka bentuk dan konsep panggung wayang yang dikombinasikan sekali dengan restoran ini. Para pengunjung akan mendapat 2 faedah iaitu dapat menikmati makanan restoran yang enak dan dalam masa yang sama dapat menonton panggung wayang. Rekaan dewannya sangat menarik kerana mereka tidak menggunakan kerusi biasa sebagai tempat duduk tetapi meletakkan “booth” yang berbentuk kereta. Pengunjung akan merasa seakan-akan sedang bersantai di dalam kereta.Β Bahagian belakang kereta dijadikan tempat duduk manakala bahagian hadapan adalah meja untuk meletakkan makanan.

Selain itu dinding dewan ini juga dihiasi dengan pemandangan-pemandangan indah. Suasananya akan membuat setiap pengunjung berada dalam satu perjalanan yang mengujakan. Pastinya panggung wayang ini boleh ditambah dalam ‘wishlist’ sebagai suatu destinasi.

2. Hot Tub Cinema (United Kingdom)

Memang menarik jika filem boleh ditonton di skrin besarΒ  sewaktu menikmati mandian tab panas bukan? Bunyinya pun sudah sangat mengujakan dan menarik. Sesuai dengan namanya, Hot Tub Cinema adalah sebuah panggung wayang yang berkonsepkan tub mandian panas. Ia diletakkan betul-betul berhadapan dengan skrin besar di mana pengunjung dapat berendam sambil menonton filem.

Lebih menarik lagi, Hot Tub Cinema ini dibina di atas bumbung sebuah bangunan. Pengunjung dapat melihat pemandangan kotayang Β indah dan memukau sebagai santapan mata. Malah mereka juga dapat menikmati makanan yang turut dijual di situ. Tempat ini menjadi tumpuan utama pengunjung terutamanya pada musim panas.

3. Floating Archipelago Cinema (Thailand)

Apa rasanya menonton filem sambil terapung di atas permukaan air? Di Thailand, idea ini direalisasikan di sebuah pulau di mana terdapat sebuah panggung wayang terbina di atasnya. Ia adalah sebuah lokasi yang unik dan menarik disertai dengan pemandangan sebuah pulau yang maha dahsyat.

Panggung wayang ini dilabel sebagai panggung wayang termewah kerana beberapa orang sahaja dapat ke sana dengan menaiki sebuah bot. Apabila tiba disana, kebanyakan orang akan lebih menumpukan perhatian kepada pemandangan indah disekeliling mereka berbanding filem yang ditayangkan.

4. Orange Cinema Club (China)


Masyarakat Cina sememangnya terkenal dengan budaya mereka yang tersendiri. Bayangkan sebuah panggung wayang yang hampir kesuluruhannya berwarna oren sesuai dengan namanya. Panggung wayang ini dibina dengan berkonsepkan kafe mewah. Susunan kerusi dan bentuk skrinnya berbeza daripada panggung wayang yang biasa. Penonton juga dapat menikmati makanan dan minuman mewah di sini.

5. Cineteca Matadero (Spain)


Pada awal abad ke 20, sebuah panggung wayang yang gah dan maha indah telah dibina di Sepanyol. Ia antara panggung wayang yang tertua, maka reka bentuk dan konsepnya sering diubah mengikut arus pemodenan dan hasilnya cukup menakjubkan. Dengan lampu-lampu yang tersusun cantik dan unik, panggung wayang ini memberi ‘mood’ dan ‘light setting’ yang sangat menenangkan. Apa yang lebih menarik, skrin di dalam panggung wayang ini ada lebih daripada satu dan semuanya boleh ditonton dalam masa yang sama.

Begitu hebat sebuah binaan apabila ilmu binaan, kejuruteraan dan reka bentuk digabung menjadi sebuah idea. Hasilnya sudah pasti mengagumkan dan menarik minat ramai untuk mengunjunginya. Panggung wayang seperti ini bukan hanya menawarkan tontonan filem semata-mata tetapi lebih kepada “menjual” pengalaman yang indah buat pengunjung. Dari senarai ini, anda boleh terokai dengan lebih dalam dan temui banyak lagi konsep panggung wayang yang menarik untuk kunjungan masa hadapan.

Baca juga:Β 5 Jambatan Pejalan Kaki Paling Menakutkan Di Dunia

Sumber:Β iluminasi

Written by: Danisyah Dalily


Previous post