Connect with us

Gaya Hidup

5 Nilai Tandas Termahal Di Dunia Yang Mungkin Buat Anda Garu Kepala

Tandas kat rumah kita berapa nilainya ya..

Published

on

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, isi rumah akan sentiasa terisi dengan anak-anak dan isteri. Oleh itu, tandas adalah salah satu tempat yang sering ‘dilawati’ selain dapur. Anda setuju tak? Ada sesetangah orang sanggup tahan diri untuk elak menggunakan tandas di luar sebab dirinya lebih selesa menggunakan tandasnya di rumah. Mungkin mereka meragui akan kebersihan tandas awam tersebut lebih lagi dengan keadaan pandemik yang semakin meningkat penularannya.

Tidak semua orang memberi perhatian dalam rekabentuk tandas di rumah kerana beranggapan cukuplah sekadar ianya bersih dan boleh berfungsi dengan baik. Namun, bagi penduduk di negara luar, mereka pula mementingkan kecantikan tandas supaya rekabentuk ia selari dengan rekabentuk seluruh rumah untuk buatkan ia nampak ekslusif.

Walaupun harga pengubahsuaiannya tidak masuk akal, tapi jom kita lihat 5 tandas paling mahal di dunia. Mungkin ia boleh jadi inspirasi kepada anda untuk ubah suai tandas pula selepas ini?

Tandas Kayu Dagobert

Tandas ini bernilai $14,123. Hebat bukan? Tandas ini diperbuat daripada kayu hasil oleh syarikat Herbeau. Kalau anda nak tahu, rekabentuk tandas duduknya diilhamkan seperti tempat duduk tahta seorang raja. Fakta menarik tentangnya, ia akan memainkan lagu “Le Bon Roi Dagobert” setiap kali penutup tandasnya diangkat.

Tandas Swarovski

Tandas ini pula bernilai $75,000. Ia diilhamkan oleh Jemal Wright. Tandas ini diperbuat daripada batu Swarovski dan hanya bahagian tempat duduk tandas dan bahagian dalam penutup tandan sahaja tidak diletakkan batu Swarovski. Kalau tandas cantik macam ini kena rajin cuci hari-hari.. barulah sentiasa berkilat!

Tandas Taman Seni Moon River

Nilai tandas ini ialah $750,000 dan ia adalah tandas awam di China. Tandas ini terletak di dalam sebuah gua buatan manusia dan siapa yang nak menggunakannya perlu tunggu sehingga 2 jam untuk merasi pengalaman membuang air di situ. Jangan risau, nak guna tandas ini free sahaja.

Tandas Emas Hang Fung

Tandas emas ini bukanlah milik seorang raja, bangsawan ataupun jutawan. Sebaliknya tandas ini dimiliki oleh sebuah syarikat emas, Hang Fung Gold untuk dijadikan sebuah bilik demonstrasi tandas yang dikenali sebagai ‘The Hall of Gold’. Nilai tandas ini pula ialah $5 juta!

Tandas ISS

Tandas yang paling mahal di dunia tidak terletak di dunia, ianya terletak di angkasa lepas iaitu di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Jangan terkejut, nilai tandas ini ialah $19 juta dan ia merupakan tandas termahal dalam sejarah tandas! Ia dibina oleh Rusia dan kosnya tinggi kerana mereka perlu menggunakan teknologi advance supaya tandas tersebut mudah digunakan oleh angkasawan memandangkan di atas sana sifar graviti. Fakta menarik tentang tandas ini ialah ia ada sebuah penapis canggih yang mampu mengekstrak air dari sisa najis dan membersihkan air tersebut untuk diminum.

Apapun, tidak kira berapa nilai tandas anda yang penting ialah kebersihan perlu dijaga. Pastikan tandas bersih dan dalam keadaan baik supaya kita juga selesa untuk menggunakannya.

 

Baca juga:

Suami Dari Neraka, Kurung Bini Setahun Dalam Tandas Kotor & Jijik

Sanggup Minum Air Tandas Untuk Tunjuk Tahap Kebersihan

 

 

 

Sumber: Money Inc

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.