Dengar je nama menu sudah berjaya membuatkan penggemar makanan laut kecur liur. Lebih-lebih lagi kalau dimasak bersama petai.
Tapi nak masak udang merah memang nampak mudah tapi apa kata kali ini masak lebih kick! Jom lihat resipi Udang Merah Petai lain dari yang lain.
Bahan-bahan
- Udang harimau 20 ekor
- Petai
- Minyak
- Cili boh
- Budu 1 sudu
- Bawang bangla
- Serbuk perasa
- Serai yang sudah diketuk.
- Gula gerek 1/3 bahagian
Sumber: cariangoogle
Cara penyediaan
- Panaskan minyak.
- Masukkan cili boh mengikut jumlah citarasa sendiri. Nak kuah banyak, letak je banyak, kalau nak sikit, letak je sikit. Tak ada salah dan tak ada betul.
- Goreng cili boh sehingga naik minyak dan aroma.
- Masukkan serai dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan udang harimau yang sudah dibasuh bersih.
- Kacau sehingga udang masak.
- Masukkan petai yang sudah dibasuh dan kacau sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan gula gerek, serbuk perasa dan budu sehingga dapat rasa yang harmoni.
- Masukkan hirisan bawang bangla.
- Hidangkan bersama nasi panas!
Jangan berkerut muka tu bila nampak bahan yang digunakan dalam resipi udang masak merah petai yang kami kongsikan ni ada budu kerana inilah yang dikatakan sentuhan pantai timur.
Paling penting, masukkan budu, gula gerek dan serbuk perasa pada akhir masakan utuk mengelakkan tekstur udang keras. Selamat mencuba!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Order Makanan Laut Mewah Sampai RM660, Lelaki Ini Didakwa Enggan Bayar Bil
Bapa Sanggup Duduk Dalam Lubang Kubur Tak Nak Susahkan Anak-Anak
Post comments (0)