Connect with us
Fokus Pagi bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana

Gaya Hidup

Tip Buat Jus Buah Cara Pantas!

Selamat mencuba!

Published

on

Bila bercakap tentang kerja-kerja memasak di dapur mesti ramai yang akan menunding jari pada wanita.

Sedangkan kalau kita lihat tukang masak terkemuka di Malaysia semuanya lelaki seperti Chef Wan, Chef Ismail, Chef Zubir dan kalau tukang masak antarabangsa pula, Chef Gordon Ramsay atau Chef Joe Bastianich.

Hakikatnya, kita sebagai kaum wanitalah yang melakukan tugas di dapur demi keluarga tercinta.

Tak apa, sekarang ni Koolfm ada satu tip yang nak kongsi dengan anda cara menyediakan jus buah dengan pantas. Caranya seperti berikut…

Bahan-bahan…

  1. Buah yang dipilih yang dijadikan jus
  2. Gula
  3. Air sejuk
  4. Pengisar buah
  5. Jug
  6. Ais batu

Cara Penyediaan…

  1. Potong buah dengan dadu. Tak kira lah buah tembikai ke, mangga ke, dragon fruit ke. Pastikan potong dadu untuk memudahkan proses mengisar.
  2. Masukkan gula ke dalam mesin pengisar. Sukatan gula mengikut sukatan bancuhan. Jika kuantiti air banyak, jadi kuantiti gula pun kena banyak. Kalau setakat 2 biji mangga, 5 sudu gula pun dah memadai.
  3. Masukkan air sejuk ke dalam mesin pengisar sehingga kesemua gula larut dalam air.
  4. Masukkan beberapa potongan buah yang dah dipotong dadu.
  5. Kisar sehingga hancur.
  6. Masukkan ke dalam jug.
  7. Kisar lebihan potongan buah yang dah dipotong dadu tadi bersama sedikit air masak.
  8. Campurkan sekali dengan air kisaran pertama tadi.
  9. Ulang sehingga potongan buah dadu sudah dikisar.
  10. Hidangkan bersama ais batu.

Selamat mencuba!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Phone
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Advertisement