Connect with us

Hiburan

“Your Leadership Is Inspiring!” – Vivy Yusof Berjaya Raih 1 Juta Tabung Palestine Dalam Masa 2 Hari 

Usahawan wanita terkenal Vivy Yusof dipuji warganet dek kerana berjaya meraih sumbangan kepada mangsa-mangsa Palestine sebanyak 1 juta dalam masa 2 hari

Published

on

Umum mengetahui tentang keperitan yang melanda saudara Islam kita, rakyat Palestine yang diserang bertubi-tubi oleh tentera zionis. Ramai dalam kalangan selebriti dan influencers yang sentiasa memuat naik perkembangan terkini mengenai keadaan rakyat Palestine dari semasa ke semasa. Ada juga di antara mereka yang membuat tabung dana bagi meringankan beban yang ditanggung seperti selebriti Faizal Tahir, Mirwana, Heliza Helmi dan ramai lagi.

Baru-baru ini, usahawan dan influencer wanita terkenal, Datin Vivy Yusof atau lebih mesra disapa Vivy turut sama turun padang membuat tabung kecemasan sebagai salah satu usahanya untuk membantu nasib malang yang menimpa mangsa-mangsa Palestine. Menerusi gambar yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Vivy berjaya meraih 1 juta dana dalam masa 2 hari setengah. Difahamkan, usaha sumbangan ini adalah hasil gabungan The dUCk Group dan juga Persatuan Viva Palestina Malaysia (PVM).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Menerjah di ruangan komen posting tersebut, ramai pengikutnya yang meluahkan perasaan gembira dan berasa amat bangga dengan hasil kejayaan program dana tersebut. Komen perkongsian Vivy dibanjiri dengan mereka yang memuji sikap kepimpinan Vivy dalam mengendali dan memastikan program ini berjalan dengan lancar. Wajarlah Vivy menjadi idola segelintir wanita terutamanya dalam bidang perniagaan.

Baca juga: Tak Mampu Angkat Senjata Bersama Palestine, Faizal Tahir Tampil Membuat Showcase Bersama Mirwana

Sehingga kini masih kecoh di media sosial mengenai sekatan informasi berkaitan isu yang melanda di Palestine. Sepanjang durasi sumbangan ini dilakukan, Vivy mengambil inisiatif untuk mencipta satu simbol yang merujuk kepada rakyat Palestine. Simbol emoji ais krim telah dipilih serta digunakan oleh Vivy sebagai sebuah simbolik untuk mengantikan huruf ‘P’ bagi mengelakkan content mengenai Palestine disekat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Hari demi hari akan ada rakyat Palestine yang bertumpah darah akibat diserang oleh zionis.  Semoga segala usaha murni yang dilakukan oleh selebriti tanah air kita untuk membantu rakyat Palestine akan dipermudahkan olehNya. Sama-sama kita zahirkan doa buat saudara Islam kita di Palestine yang berada dalam keadaan menyayat hati.

Baca juga: “Syukur..He’s Alive” – Dr Sheikh Muszaphar Syukur Mengetahui Pemuda Palestine Masih Hidup

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Vivy Yusof

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5656
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di