Connect with us

Hiburan

“Younger Generation Gives Me Hope”- Usaha Cef Cilik ‘Bake & Cook’ Buat Frontliners Dikagumi

Terbaru, cef cilik yang kini berusia 14 tahun ini berkongsikan niatnya untuk kembali membantu para frontliners di hospital tetapi kali ini khas buat para doktor dan jururawat yang bekerja di Jabatan Klinikal.

Published

on

Danish Harraz mula mendapat gelaran “Cef Cilik” sejak dia berada di sekolah rendah lagi. Anak muda ini bukan sahaja pandai memasak malah bijak berniaga dan hatinya sangat baik. Danish seringkali dilihat menyumbangkan bantuan terutama sejak PKP mula dijalankan sejak 2 tahun yang lalu.

Baca juga: “Danish Harraz Is Future Ustaz Ebit Lew”

Terbaru, cef cilik yang kini berusia 14 tahun ini berkongsikan niatnya untuk kembali membantu para frontliners di hospital tetapi kali ini khas buat para doktor dan jururawat yang bekerja di Jabatan Klinikal. Hal ini adalah kerana, kata Danish bantuan makanan selalu tidak sampai kepada mereka yang bekerja di bahagian ini. Mungkin kerana kesibukan mereka atau ada faktor lain yang menyebabkan makanan yang diderma tidak sampai ke jabatan tersebut.

Oleh itu, Danish membuat satu initiatif di mana dia akan masak makanan khas buat frontliners yang bekerja di bahagian tersebut dengan memberikannya terus kepada salah seorang doktor di situ untuk diagihkan. Memang baik sangat hati Danish ni. Dahlah masak sendiri tau bukan beli.

Meninjau ke ruangan balas posting ini yang dikongsikan di laman Twitter, rata-rata kagum dengan semangat Danish yang konsisten membantu rakyat lain. Walaupun masih terlalu muda namun Danish matang dalam berfikir. Ramai yang turut sama ingin membantu dengan mendermakan sedikit wang supaya Danish dapat beli barangan memasak dan sebagainya.

Ada juga yang berkata bahawa anak muda seperti ini adalah harapan negara. Sekarang ini sudah mula ramai yang memberi sokongan buat generasi muda. Kini, generasi muda tidak lagi dilihat lemah dan tidak matang malah mereka dilihat lebih kreatif dan bersemangat dalam melakukan sesuatu. Apa pun, kita doakan agar urusan adik Danish kita dipermudahkan. Semoga makanan yang disedekahkan sampai kepada mereka yang diniatkan.

Baca juga: Ayda Jebat Tawar RM50 Setiap Hari Bagi Siapa Dapat Duduk Rumah Sewaktu Total Lockdown

Sumber: Danish Harraz

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.