Connect with us

Hiburan

Wanita Guna ‘Gorilla Glue’ Untuk Cantikkan Rambut, Terpaksa Terima Rawatan Di Hospital

Akibat kreatif sangat gantikan penyembur rambut dengan gam, sebulan rambut tak bergerak!

Published

on

Memang lumrah seorang wanita untuk kelihatan cantik apabila keluar dari rumah. Nak pergi berjalan mestilah nak nampak cantik, dari rambut hingga ke kasut mesti perfect lah katakan. Sebab itu wanita kalau bersiap memang agak lama sedikit. Bagaimanapun, kalau guna cara yang melampau untuk kelihatan cantik pun tak boleh juga. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita apabila terlalu kreatif untuk kekal cantik. 

Dikatakan wanita dari Louisiana, Amerika Syarikat dengan sengaja menggunakan pelekat kuat jenama Gorilla Glue pada rambutnya bagi menggantikan penyembur rambut yang biasa digunakan. Padahnya, wanita yang dikenali sebagai Tessica Brown itu terpaksa mendapatkan rawatan di hospital bagi menanggalkan gam yang mengeras pada rambutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tessica (@im_d_ollady)

“Tengok, rambut saya tidak bergerak langsung. Saya basuh lebih 15 kali pun rambut saya masih tidak bergerak,” katanya dalam video yang dikongsikan di Instagram.

Menurut Brown, sudah sebulan rambutnya kekal tidak bergerak seperti itu selepas dia meletakkan gam tersebut. Pelbagai kaedah dan petua yang dicubanya untuk menanggalkan gam tersebut daripada rambutnya, namun semua cubaan gagal. 

Kesudahannya, wanita tersebut terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Dalam pada itu, syarikat pengeluar pelekat berkenaan memaklumkan gam tersebut boleh membersihkan rambutnya dengan menggunakan alkohol. Namun, mereka memberi amaran jika masalah itu berlarutan sehingga sebulan kemungkinan boleh merosakkan akar rambutnya.

Sementara itu, Brown turut menyatakan bahawa dia akan menyaman syarikat pelekat berkenaan. Dia dikatakan telah melantik penguam dan akan membuat saman terhadap ‘Gorilla Glue’ kerana pada label produk hanya memberi amaran untuk tidak menggunakannya pada mata, kulit atau pakaian sahaja. Jadi tiada tertulis pelekat tersebut tidak boleh digunakan pada rambut. 

Tidak pasti sama ada proses saman tersebut akan berjaya ataupun tidak, tapi kalau boleh sebelum kita nak letak apa-apa pada rambut, fikirlah dahulu sama ada ianya sesuai ataupun tidak. Kalau tak, rambut kita boleh rosak sampai ke akar. Cantik pun berpada-padalah ye!

 

Baca juga artikel menarik lain:

Belum Reda Dengan COVID-19, WHO Ramal Virus Nipah Bakal Jadi Pendemik Seterusnya?

Muntah Ikan Paus Ditemui Nelayan Bernilai RM1.16 Juta? Ini Sebab Ianya Amat Bernilai

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro & New York Post

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di