Connect with us

Hiburan

[VIDEO] “Please Jadi Pembaca Berita” – Buat Cabaran Baca Berita Laju, Ramai Puji Kebolehan Zulin Aziz

Memang power betul Zulin Aziz ni baca berita laju-laju, siap ramai yang minta dia jadi penyampai berita…

Published

on

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang penyampai berita. Walaupun penonton di rumah hanya nampak mereka membaca teks yang ada di hadapan, namun ianya sebenarnya memerlukan teknik tertentu. Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok satu cabaran yang mencabar orang ramai untuk membaca berita mengikut teks yang disediakan. Dengan menggunakan tanda pagar #beritachallenge, maka ramailah yang turut serta dalam cabaran tersebut.

Golongan selebriti juga tidak melepaskan untuk mencuba cabaran tersebut dan antara yang menjadi perhatian adalah Zulin Aziz. Memuat naik video cabarannya di Instagram, Zulin kelihatan sangat tenang dan lancar menyampaikan berita walaupun teks yang dipaparkan adalah dalam kadar yang laju. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Baca juga: Menteri Agama Ucap Terima Kasih, Netizen Bersyukur Ustaz Zainul Asri Ubah Pendirian Terhadap Vaksin COVID-19

Cabaran yang dilakukan oleh Zulin itu mendapat pujian orang ramai sehingga ada yang meminta dia untuk menjadi penyampai berita. Namun balas Zulin, kalau dia jadi penyampai berita mungkin orang akan ketawa melihat dirinya. 

Rata-rata memberikan pujian buat Zulin dan merasakan lenggok bacaan Zulin sedap didengar. Dalam pada itu, Saiful Nizam Ismail iaitu bekas penyampai berita TV3 turut memberikan komen terhadap Zulin. Katanya sebutan Zulin bagus dan teknik pausing juga dikira baik. Namun, katanya kadar kelajuan teks tersebut bukanlah yang biasa digunakan sewaktu membaca berita di TV.

Nampaknya orang yang berkecimpung dalam dunia penyampaian berita pun turut memberikan pujian buat Zulin. Mungkin itu adalah bakat terpendam Zulin. Ada yang nak cuba cabaran baca berita ni?

Baca juga: “Ayah Serba Boleh” – Buat Video Pengorbanan Seorang Ayah, Aeril Zafrel Buat Ramai Tak Kering Gusi

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di