Connect with us

Hiburan

[VIDEO] Muzik Hip-hop Malaysia Sedang Tenat? Ikuti Perjalanan Muzik Hip-hop Secara Eksklusif

Mengimbau zaman remaja dahulu kala layan lagu-lagu hip-hop ‘underground’

Published

on

Sekarang dah tak boleh nak cakap hanya anak-anak muda yang minat dengan muzik Hip-hop ni sebab genre muzik ni dah lama bertapak di Malaysia. Maknanya yang dahulunya remaja meminati muzik Hip-hop kini dah melepasi usia remaja. Tapi tak kisahlah peringkat usia mana pun, kalau masih meminati scene muzik Hip-hop, boleh tonton dokumentari tentang dunia Hip-hop di Kool TV

Bukan selalu dapat tengok interview legend scene Hip-hop dekat Malaysia ni secara eksklusuf. Selain itu, ada juga menceritakan kelahiran Hip-hop di malaysia yang bermula sekitar tahun 1990-an. Dikatakan pada waktu itu, dunia Hip-hop bergerak secara ‘bawah tanah’ sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam, serta Subang Jaya. Walaupun ada satu ketika nama seperti Too Phat, Nico, KRU, dan 4U2C melonjak naik membawa genre muzik Hip-hop, namun penerimaan orang terhadap muzik Hip-hop masih kecil.

Jadi anda rasa muzik Hip-hop di Malaysia sakit? Sedang tenat? Jom ketahui bagaimana perjalanan dan permulaan scene muzik Hip-Hop Malaysia dan apakah kontroversi di sebalik industri muzik Hip-Hop. Saksikan dalam bahagian pertama ataupun episod pertama “Boombox Di Bumi Malaysia” bersama para tetamu kita iaitu Altimet, Adly Syairi, DJ Uno, Nico, Tripdisz, Lady Dee, & Mariss Khan.  

 

Baca juga artikel menarik lain:

Manfaat² Tersembunyi Semasa Belajar Bermain Alat Muzik

Susu Paling Berkhasiat Datang Dari Lipas? Err…

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.