Connect with us

Hiburan

[VIDEO] “Kita Yang Beli Beras!” – Akibat Bergurau Di Tempat Awam, Izzue Islam Kena ‘Tampar’ Dengan Isteri

Izzue menerima tamparan halus dan manja daripada isterinya sebab…

Published

on

Memang biasa bagi pasangan suami isteri suka bergurau walaupun di tempat awam. Biasanya gurau manja-manja je, bak kata orang nak rapatkan lagi hubungan mesra suami dan isteri. Tapi kalau bergurau tak kena tempat, bersiaplah untuk terima ‘tamparan’ dari pasangan anda.

Itulah yang terjadi kepada Izzue Islam apabila dia dilihat bergurau dengan isterinya sehinggalah dia menerima tamparan manja. Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, Izzue dilihat seperti menjatuhkan isterinya, Awin Nurin, dengan menggunakan kakinya sehingga Awin sempat memberikan padangan tajam kepada Izzue. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

Baca juga: “Janganlah Serba Serbi Salah” – Mila Jirin Sedih Perdana Menteri Dilabel ‘Bo**h’, Minta Orang Ramai Muhasabah Diri

Sudahnya, Izzue menerima tamparan halus dan manja daripada isterinya itu. Memang lumrahlah hidup berumah tangga dapat bergurau seperti mereka berdua. Sementara itu, di ruangan kapsyen pula Izzue bertanyakan kepada para pengikutnya sama ada mereka berani buat kepada isteri mereka sama seperti apa yang dilakukannya kepada Awin. 

“Anda semua berani ke buat pada isteri macam ni? Come on, kita yang beli beras! Tag suami anda yang beli beras tu,” tulis Izzue di ruangan kapsyen. 

Menjengah di ruangan komen pula, ramai wargamaya yang terhibur dengan telatah Izzue dan Awin. Ada juga yang berani tag pasangan mereka dalam ruangan komen dan menyatakan mahu melakukan gurauan yang sama. Apa-apa pun, asalkan ianya sekadar gurauan dan tidak menyakitkan hati mahupun fizikal pasangan kita. 

Baca juga: Cuba Sokong Kenyataan Mira Filzah, Netizen ‘Sound’ Azfar Heri Sebab Pernah Langgar SOP

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di