Connect with us

Hiburan

[VIDEO] “Dah Tak Kisah SOP Ke..?” – Netizen Persoalkan Salah ‘Siapa’ Rakyat Langgar SOP

Rakyat berpusu-pusu di bazaar Aidilfitri di pasar malam minggu jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)…siapa yang harus dipersalahkan..? Kita atau ‘mereka’?

Published

on

Terlalu banyak rintihan hati telah kita dengari daripada frontliner yang ketandusan tenaga dalam menjalankan tugas untuk membantu negara kita menurunkan graf wabak COVID-19 yang semakin mencanak naik. Bukan itu sahaja, mereka juga menyeru kepada rakyat Malaysia agar sentiasa patuhi arahan Operasi Standard Prosedur (SOP). Namun begitu, baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan sikap segelintir rakyat Malaysia yang berpusu-pusu di sebuah bazaar Aidilfitri di Kuala Lumpur dan Jakel Bangi.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter itu, difahamkan ada dalam kalangan kita yang ‘degil’ melanggar arahan sop apabila sanggup ‘menyeksakan’ diri untuk membeli belah di pasar malam minggu jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Video yang telah mencecah 413 ratus ribu tontonan itu, membuktikan mereka beramai-ramai memasuki premis tersebut tanpa ada kawalan dan sekatan jumlah pengunjung dalam premis tersebut.

Baca juga: “Bertugas Sambil Membawa Kalimah…” – Naim Daniel Persoalkan Segelintir Anggota Polis Yang Seakan ‘Bermasalah’

Menerjah di ruangan komen, rata-rata daripada netizen tidak berpuas hati dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang egois sehingga sanggup mengabaikan SOP. Ada juga di kalangan mereka yang menyalahkan kerajaan kerana membenarkan operasi bazaar Aidilfitri tersebut untuk berlangsung sehingga pada pukul 2 pagi. Benar, tindakan kerajaan untuk melanjutkan operasi bazaar tersebut adalah tidak wajar, namun kita juga harus dipersalahkan dek kerana tidak bertanggungjawab sebagai rakyat.

Persoalannya di sini, sampai bilakah isu ‘menunding jari’ kepada pihak lain ini akan terus berterusan?  Sedarkah anda 1 jari menunding kepada orang, 4 jari lagi menunding kepada arah kita. Alangkah indahnya andai kita semua belajar untuk turunkan ‘ego’ masing masing serta bersatu dalam membendung wabak yang membawa maut ini. Sedih seandainya kes-kes COVID-19 semakin mencanak naik. Tak rindu ke nak kembali menjalani kehidupan harian seperti sedia kala?

Baca juga: Antara Dua Darjat” – Petugas Kesihatan Luah Rasa Kecewa Layanan Double Standard Terhadap Golongan ‘Kayangan’

Penulis: Aqilah Paharuzi 

Sumber: Twitter

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di