Connect with us

Hiburan

Ustazah Asma Harun Tegur Penggiat Seni, Beri Peringatan Untuk Tak Normalisasi Maksiat

Ustazah Asma Harun beri peringatan kepada semua golongan artis dan penggiat seni untuk tidak normalisasikan kandungan maksiat…

Published

on

Rasanya semua sedia tahu kalau nak berhibur tak salah, tapi perlulah ada batas pada norma kehidupan masyarakat dan juga agama. Mungkin itu apa yang cuba disampaikan oleh Usatazah Asma Harun dalam hantaran terbaharunya di Instagram yang membuat teguran secara terbuka kepada penggiat seni. 

Teguran tersebut secara amnya menasihatkan mereka yang bekerja dalam bidang hiburan atau seni supaya tidak terlalu menormalisasikan maksiat. Hal ini kerana apa sahaja yang dihasilkan akan ditonton oleh penonton tidak kira usia, agama, dan bangsa. Jadi sekiranya kandungan-kandungan yang boleh mengundang maksiat banyak dihasilkan, ia secara tak langsung akan membuatkan perkara tersebut sebagai normal dalam kehidupan seharian.

Iya, kalian diperlukan dalam persada seni, memenuhi keperluan fitrah insani, namun bukan dengan cara begini. Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal mati, janganlah ditangguh lagi hajat untuk kembali,” pesan ustazah Asma dalam hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Ustazah Asma turut berpesan agar golongan selebriti atau penghibur menjadi lebih bertanggungjawab untuk tidak menyumbang kepada kerosakan yang sedia ada ini. Hentikan persembahan atau pertandingan maksiat, berunsur lucah dan menjatuhkan maruah. Tidak dinafikan juga ramai golongan artis yang tetap berjaya dengan membawa imej yang baik, bermaruah serta menjaga batas. 

Sementara itu, pelakon Syatilla Melvin dan Noor Khiriah turun meninggalkan komen dengan ucapan terima kasih atas peringatan yang diberikan.

Ini bukanlah kali pertama Ustazah Asma membuat teguran secara terbuka di media sosial kepada golongan artis. Semoga terguran ini tetap disambut baik oleh mereka yang bergelar anak seni.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Netizen Ucap Selamat Tinggal Buat NTV7, Sarimah Ibrahim Imbas Memori Bersama Stesen TV Tersebut

Perdana Menteri Orang Pertama Disuntik Vaksin, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Bermula 26 Feb Ini

 

 

 

 

Sumber daripada: Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5656
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di