Connect with us

Hiburan

Urus Anak Dan Kerja Rumah Sendiri, Sari Yanti Akui Terkial-kial Tanpa Pembantu Rumah

Ramai yang bertanya tentang pengurusan anak-anak dan rumah tangga kepadanya kerana Sari Yanti nampak tenang sahaja walaupun anak-anaknya masih kecil. 

Published

on

Pelakon Sari Yanti pernah mengejutkan ramai apabila mengumumkan bahawa dirinya bakal menimang anak yang kelima ketika anaknya yang keempat masih berusia 2 bulan. Apabila ditanya, Sari Yanti akui menangis ketika mengetahui berita tersebut kerana mungkin terlampau ‘overwhelmed‘ namun selepas itu dia redha dan bersyukur kerana diberi rezeki yang tidak ternilai harganya.

Baca juga: Selepas 14 Hari, Ain Edruce, Amirul Akhirnya Dedah Nama Dan Wajah Anak

Sari Yanti selamat melahirkan anaknya yang kelima pada 15 Mei yang lalu dan kini genaplah 24 hari dia berpantang. Menerusi Instagram story miliknya, Sari Yanti dilihat membuka ruangan soalan kepada para pengikutnya. Ramai yang bertanya tentang pengurusan anak-anak dan rumah tangga kepadanya kerana Sari Yanti nampak tenang sahaja walaupun anak-anaknya masih kecil.

Sari Yanti menjawab bahawa dia menguruskan semuanya sendiri termasuklah memasak dan mengemas rumah. Walaupun ketika dia berpantang, dia masih memilih untuk memasak sendiri buat keluarga. Sari Yanti akui sebenarnya dia agak terkial-kial tanpa pembantu rumah lagi-lagi dengan adanya dua bayi di rumah.

Kata Sari Yanti ketika dia sedang sarat mengandung dia ada terfikir untuk memanggil sahaja pembantu untuk mengemas rumah atau cleaner tetapi akui tidak berani untuk melakukan sebegitu. Mungkin kerana tidak percayakan orang luar dan keadaan jangkitan Covid-19 yang semakin teruk.

Dia juga menambah bahawa kini dia hanya dapat tidur 3 ke 4 jam sahaja pada waktu malam. Besar betul pengorbanan seorang ibu. Apa pun, kita doakan semoga segala urusan dipermudahkan buat Sari Yanti dan keluarga.

Baca juga: Genap 7 Hari, Ummi Nazeera Dedah Nama Puteri Kedua, Aysha Arsylia Bersempena Nama Isteri Rasulullah SAW

Sumber: Sari Yanti

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di