Connect with us

Hiburan

“Tiba-Tiba Pengumuman Tak Dibenarkan Ziarah” – Aliff Syukri Luah Rasa Kecewa Tak Dapat Jamu Tetamu Raya Ini

Aliff Syukri meluahkan rasa sedih apabila sambutan perayaan tahun ini juga tidak dapat menerima tetamu dek kerana larangan aktiviti ziarah…

Published

on

Rasanya bukan setakat Dato’ Sri Aliff Syukri sahaja yang rasa kecewa, tapi seluruh rakyat Malaysia sedang kecewa apabila aktiviti ziarah diumumkan tidak dibenarkan pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Yang dibenarkan hanyalah aktiviti ziarah bagi seisi keluarga yang duduk dalam satu rumah yang sama sahaja. Maksudnya kita boleh ‘ziarah’ mak ayah kita dan adik beradik yang duduk serumah dengan kita. Bolehlah ketuk pintu bilik kakak atau abang di sebelah dan ucapkan selamat hari raya.

Bagaimanapun, Aliff Syukri dalam hantaran terbaharunya di Instagram meluahkan rasa sedih apabila sambutan perayaan tahun ini juga tidak dapat menerima tetamu dek kerana larangan aktiviti ziarah yang baru diumumkan semalam. Kata Aliff, dia dan keluarga sudah patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak kemana-mana pun selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain daripada urusan kerja.

Baca juga: “Awak Puji Ke Perli? Saya Keliru Ni” – Zizan Razak Beri Sokongan Padu Buat Aliff Syukri Buat Ramai Rasa Sangsi

Tambahnya lagi, bagi persiapan perayaan tahun ini, sudah banyak lauk pauk yang dibeli bagi menjamu tetamu yang nak datang bertandang ke rumahnya, terutamanya pekerja-pekerjanya yang bujang dan tak dapat pulang ke kampung. Namun, kecewa dan sedih hatinya apabila aktiviti ziarah pun tidak dibenarkan pada tahun ini.

“Lembu seekor, kambing lima ekor. Tiba-tiba dapat pengumuman tak dibenarkan langsung ada aktiviti ziarah. Sedih tau,” luah Aliff mengenangkan persiapan yang telah dilakukan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 

Dalam pada tu, menjengah di ruangan komen, ramai yang mencadangkan agar Aliff Syukri sedekahkan kesemua lauk pauk tersebut ke rumah anak-anak yatim atau tempat yang memerlukan. Elok juga cadangan tersebut bagi elak berlakunya pembaziran. Apa-apa pun, memang dugaan buat Aliff Syukri dan juga rakyat Malaysia semua yang terpaksa akur sekali lagi untuk sambut Hari Raya Aidilfitri secara stay at home

Baca juga: [VIDEO] “Isteri Call Cakap Anak Bakar Kereta” – Anak Main Mercun Sampai Terbakar Kereta Ayah

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
Pengumuman penutupan frekuensi Buletin FM di Kota Bharu & Kuala Terengganu.
TERUS DENGARKAN BULETIN FM SECARA DIGITAL DI SINI!
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di