Connect with us

Hiburan

“Teruskan Usaha, Salute Bro!” – Labur Modal RM20,000, Pemuda Ini Kongsi Kisah Gagal Dalam Perniagaan

Pemuda ini kongsi kisah kegagalan dalam perniagaan, beri inspirasi kepada yang lain!

Published

on

Tak ada siapa yang nak gagal dalam setiap kerja yang dilakukan. Tapi kegagalan itu kadang-kadang perlu untuk kita belajar betulkan kesilapan. Biasanya orang yang berjaya itu pun adalah orang yang sudah biasa dengan kegagalan. Kalau selalu kita baca kisah orang berjaya dalam perniagaan, kali ini jom baca kisah tentang orang yang gagal dalam perniagaan, seperti yang dikongsikan di Twitter ini. 

Kisah pemuda ini mendapat perhatian ramai apabila dia menceritakan bagaimana perniagaan yang bermodalkan RM20,000 disifatkannya sebagai gagal. Pemuda yang dikenali sebagai Abbas itu menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan produk beg. Menurutnya, selepas lama berkecimpung menjual jenama beg lain, dia terpanggil untuk menghasilkan jenama sendiri yang lebih berkualiti. 

Baca juga: “Hang Memang Hero Remaja!” – Kongsi Pengalaman Jadi Sukarelawan Frontliner, Keberanian Aniq Suhair Dipuji

Sambung Abbas lagi, dia mahukan beg yang berkualiti, tahan lasak dan praktikal. Jadi dengan perancangan yang rapi dia terbang ke China untuk mencari bahan dan kilang bagi menghasilkan beg jenama sendiri. Selang beberapa bulan, maka siaplah beg yang memenuhi citarasanya. Abbas turut sempat menguji ketahanan begnya itu dan rasa berpuas hati dengan kualitinya. Bagaimanapun, tidak semua yang dirancang akan berakhir dengan khabar gembira.

“Dalam masa beberapa bulan, beg tu gagal dijual dan aku banyak rugi duit buat marketing dan bayar utilities,” ujarnya. 

Itulah kegagalan pertamanya apabila gagal untuk jual beg pertamanya itu. Menurutnya, kesalahan paling besar bagi dirinya adalah menghasilkan beg mengikut citarasa sendiri, dan bukan citarasa pembeli sasaran. Beg sudah sangat berkualiti, namun tidak ada pembeli. Dari kisah ini, Abbas turut menasihatkan kepada para peniaga di luar sana untuk ambil pengajaran daripada kesilapannya. Jangan buat produk ‘syok sendiri’ katanya.

Bagaimanapun, selepas belajar dari kesilapannya dan setelah 2 tahun beroperasi, dia mula melebarkan sayap dan menghasilkan produk-produk beg lain yang lebih menepati citarasa pembeli. 

“Selepas kegagalan aku dengan produk beg pertama, aku terus proceed untuk buat beg kedua ketiga dan seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, wargamaya lain mengucapkan terima kasih buat pemuda ini kerna berkongsi kisah yang boleh beri inspirasi kepada mereka yang ingin berniaga. Apa-apa pun, semoga terus maju jaya dalam perniagaan yang diceburi sehingga dapat melebarkan sayap ke peringkat seterusnya. 

Baca juga: “Selamanya Hero Noah” – Ucapan Selamat Hari Bapa BCL Buat Arwah Ashraf Buat Netizen Turut Sebak

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di