Connect with us

Hiburan

“Terlalu Berdikari & Bekerjaya Punca Wanita Lambat Kahwin” Dr Amalina Selar Kenyataan Prof Dr Muhaya

Kenyataan Prof Muhaya yang seakan menyuruh wanita untuk bersikap ‘kurang cerdik’ agar bertemu jodoh ditepis oleh Dr. Pakar Amalina Bakri..

Published

on

“Jangan pandai sangat, buat b*doh-b*doh sikit, baru lelaki suka”

Itulah kenyataan yang disebut oleh penceramah dan pakar mata terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad mengenai isu “Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh”. Baru-baru ini, satu ciapan tular di Twitter mengenai Video Prof Muhaya yang berdurasi 56 saat itu telah mencetuskan kontroversi hangat di media sosial sehingga mengundang amarah segelintir golongan wanita yang tidak bersetuju dengan kenyataannya yang seakan ‘menindas’ keperibadian seoarang wanita.

Dalam video yang tular itu, difahamkan Prof Muhaya membuat kenyataan bahawa seorang wanita haruslah meraihkan sifat kepimpinan seoarang lelaki yang sememangnya ditakdirkan untuk menjadi ketua dan imam dalam sebuah kekeluargaan. Tambahnya lagi, sebagai wanita kita tidak perlu untuk mencapai tahap kejayaan yang sama dengan golongan lelaki kerana dipercayai bakal meningkatkan hormon testosterone dalam badan.

Baca juga: “Kau Tak Payah Nak Sekolahkan Aku..” – Lana Nordin Berang Dengan Netizen Yang Hanya Pandai Bercakap

“Orang perempuan walau macam mana pun mesti celebrate apa yang allah beri tentang kepimpinan lelaki, sebab tu imam pun lelaki. 

“Jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama saing dengan lelaki. Nanti hormon testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin lambat la jodoh”

“Siapa yang tinggi testosterone, asyik nak achieve independent, memang lambat dapat jodoh”

Tambah Prof Muhaya lagi, golongan wanita yang mempunyai tahap testosterone yang tinggi, terlalu berkeras untuk menjadi seorang yang berdikari akan susah untuk mendapat jodoh. Menurutnya, seorang wanita seharusnya menjadi kurang cerdik, bergantung kepada lelaki, dan lemah lembut agar senang untuk bertemu jodoh.

“Siapa tinggi testosterone, asyik nak drive, achieve, independent, memanglah susah dapat jodoh. Orang lelaki suka perempuan yang lemah-lembut , high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong. Buat lah macam b*doh-b*doh sikit, baru dapat jodoh”

Video yang tular itu bukan sahaja berjaya meraih tumpuan netizen, malah juga menarik perhatian doktor terkenal dalam bidang pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri yang turut memberi response mengenai intipati video tersebut. Menurutnya, kenyataan Prof Muhaya itu seolah-olah mengkritik kedua-dua pihak lelaki dan wanita serta menjatuhkan hak seoarang wanita untuk mencapai impian dan kejayaan yang mereka. Menurut Dr. Amalina lagi, dia tidak diajar oleh ibunya untuk menjadi seorang wanita yang ‘‘b*doh-b*doh sikit’ dihadapan lelaki agar bertemu jodoh.

“Saya minta maaf tetapi ibu saya tidak membesarkan saya untuk menjadi ‘bodoh-bodoh sikit’ di hadapan lelaki supaya saya boleh ‘bertemu jodoh’. Anda menghantar mesej yang salah kepada kanak-kanak perempuan dan wanita muda. Wanita pasti tidak perlu menurunkan tahap intelektual mereka hanya supaya mereka dapat menarik seorang lelaki.”

Meskipun bukan bergelar seorang selebriti namun Prof Muhaya cukup dikenali kerana kerjaya profesional beliau didalam bidang kedoktoran dan pakar motivasi berjaya mengisinspirasikan minda masyarakat untuk berubah menjadi lebih baik dikemudian hari. Memiliki 1.4juta pengikut di laman Facebook dan 577k di laman Instagram semestinya menjadi perhatian wargamaya bagi setiap postingnya.

Meninjau di ruangan komen ciapan yang tular itu, ramai dalam kalangan wanita yang tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dengan kenyataan Prof Muhaya itu. Menurut mereka, kenyataan Prof Muhaya adalah tidak wajar dan hanya menjatuhkan martabat seorang wanita yang bekerjaya.

Bagaimanapun, mungkin juga Prof Muhaya mempunyai penjelasan di sebalik kenyataannya sedemikian itu. Semoga Prof Muhaya tampil memberi pencerahan agar ‘salah faham’ mengenai isu boleh dileraikan. Apa-apa pun, kita nantikan kenyataan daripada pihak Prof Muhaya.

Baca juga: “Comel Dan Lawanya” – Kongsi Gambar Santai Bercuti Tanpa Pelitup Muka, Ramai Puji Kecantikan Dr Amalina

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter, Twitter Dr. Amalina Bakri

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7722 5655
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Buletin FM
secara live di aplikasi
Tersedia di