Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Terkesan Orang Ramai Menghentam Ibu Bapa Anak OKU, Fynn Jamal Luah Isi Hati

today28 June 2021

Background

Anak-anak merupakan anugerah Allah SWT yang diturunkan kepada kita sebagai satu amanah untuk dijaga. Setiap individu yang diciptakan olehNya mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing yang sukar dirungkaikan dengan kata-kata. Namun, dalam tidak sedar sebenarnya masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang memandang rendah kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dek kerana mereka dikatakan tidak ‘berupaya’ untuk melalui hari-hari mereka tanpa berada di bawah penjagaan orang lain.

Baru-baru ini, tular di ruangan media sosial mengenai seorang remaja perempuan OKU yang dikatakan telah diculik, namun setelah diselidik dan disoal siasat oleh pihak berkuasa ternyata dakwaan tersebut adalah tidak benar. Si pelaku yang dikatakan menculik itu merupakan warga tua yang berusia 80 tahun berkata, dia hanya berniat ingin membantu remaja tersebut yang dilihat seperti meminta pertolongan dan sesat. Isu ini mendapat perhatian orang ramai dek kerana si ibu bertindak untuk menendang warga emas tersebut tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum menghentam.

Terbaru, penyanyi dan penulis terkenal Fynn Jamal terpanggil untuk mengulas mengenai isu yang tular ini. Menerusi sebuah posting di Instagram miliknya, Fynn meluahkan isi hatinya yang turut terkesan dengan nasib malang yang menimpa warga emas tersebut. Menurutnya, dia mengerti perasaan yang dirasai oleh si ibu, namun Fynn tidak bersetuju dengan tindakannya yang terus menyerang melulu dek kerana terlalu mengikut perasaan amarah yang membara dalam diri tanpa menenangkan diri.

Baca juga:Β Kapsyen Seakan Berbaur ‘Sindiran’ Netizen Persoalkan Maksud Disebalik Ayat ‘Padu’ Zizan Razak

Sebagai ibu kepada anak OKU yang menghidap Autism, Fynn seakan kecewa dengan komen rata-rata pengikutnya yang melemparkan kata-kata kejam serta menunding jari kepada golongan ibu bapa yang membesarkan anak-anak OKU, lebih-lebih lagi dalam menguruskan anak syurga yang suka merayap ini. Aduhai, tahukah mereka besar ganjarannya menjaga anak-anak OKU seperti ini. Ujian ibu bapa yang menjaga anak sebegini berbeza dengan orang lain..

MenerusiΒ sebuah postingΒ di Instagram miliknya, Fynn berkata seandainya ramai orang di luar sana yang tahu bahawa tidak semua ibu bapa anak OKU ini tidak bertanggungjawab serta ‘lepas tangan’ seperti yang mereka sangkakan. Menurutnya, tiada sesiapa yang mengerti kisah seharian yang berlaku dalam kehidupan ibu bapa anak syurga ini, segala liku-liku yang dihadapi oleh mereka semuanya terdiam sepi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by فءبر Ψ¬Ω…ΩŠΩ„ (@fynnjamal)

“Kalaulah org tau yang satu dua kejadian tak mewakili kejadian setiap hari. Sehari terlepas kalau nak dibanding setiap hari seminggu yg terjaga rapi; tak aci. 24 jam bersengkang mataβ€” yang sesaat terlelap itulah nak jadi cerita,”Β 

Mengulas lanjut, Fynn menceritakan bagaimana dia dan suami membuat perancangan yang rapi terlebih dahulu sebelum membawa anak Austim mereka yang diberi nama Arjuna Bakti Fitri Abdullah atau dipanggil Juna untuk keluar dari rumah. Menurutnya, Juna yang gemar merayap akan dipantau sepenuhnya tanpa melepaskan pandangan kepadanya. Dalam kata lain, individu yang menjaga Juna ketika di luar itu akan memberi fokus sepenuhnya hanya kepada Juna dan tidak melibatkan diri kepada perkara lain.

“Ada anak OKU jenis melilauΒ  atau merayauβ€” memang tak ada pilihan lain. Tak ada β€œhabis hati aku siapa nak jaga” atau ‘asyik pikir dia je, aku pun ada kehendak juga’, No.

“Di luar kawasan yang kita biasaβ€” mata tangan kaki kita jahit pada dia,”

Tambah Fynn lagi, mereka lebih memilih untuk mencegah daripada keadaan tidak diingini berlaku. Fynn mengakui, mereka tidak selalu membawa Juna keluar dek kerana bimbang perkara sebegini akan berlaku kepada keluarga kecil mereka. Menerusi kapsyen posting tersebut, Fynn sempat meninggalkan pesanan kepada golongan ibu bapa yang menjaga anak-anak syurga ini untuk membuat perancangan yang teliti sebelum keluar rumah meskipun mahu ke kedai runcit agar kemelut ini dapat dielakkan.

“Prevention is ALWAYS the better choice than cure. Carilah SEGALA option lain selain mengambil risiko.

“Untuk kita-kita ibu bapa dengan anak-anak OKU jenis mengganggu ketenteraman awam niβ€”
kalau kita tak mampu handle β€” jangan bawa anak2 ke tempat awam.

“Kalau betul nak bawaβ€” plan,”Β 

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikut Fynn Jamal yang bersetuju dengan pandangannya untuk membuat perancangan sebelum menjejak kaki keluar dari rumah. Fynn yang memuat naik perkembangan baru anaknya itu mendapat perhatian ramai apabila Juna kini dah boleh menyebut beberapa gelaran insan tersayang dalam hidupnya. Rata-rata daripada pengikut memuji Juna yang semakin pandai dan ada juga di antara mereka yang turut sebak melihatΒ posting tersebut.

Ada betul juga apa yang Fynn katakan itu. Tidak dinafikan anak-anak syurga ini wajar untuk melihat dan mengenali dunia luar sekali sekala dan tidak ‘terkurung’ hanya di rumah sahaja. Mereka juga berhak untuk menerokai keindahan alam semula jadi dan bermain di luar seperti kanak-kanak lain. Bukan itu sahaja, anak-anak syurga ini turut layak untuk mendapatkan pendidikan dan pembelajaran yang setimpal di usia mereka yang semakin meningkat dewasa.

Baca juga:Β β€œBe Nice And Don’t Be Naughty” – Ucapan Anak Istimewa Zarina Zainuddin Buat Ramai Tersentuh

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Fynn Jamal

Written by: Hamka Rosli