Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Terima Kasih Azhan Rani Menjadi Punca Kebencian” – Shahrulezad Pengarah Drama Nur

today15 June 2021

Background

“Terima kasih pada makcik-makcik bawang kesayangan saya sekalian…”

Itulah ucapan yang diberikan daripada pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohammedin dalam perkongsiannya di Instagram miliknya semalam. Shahrulezad yang turut dikenali dengan panggilan budak Ijat menganggap tarikh 14 Jun sebagai satu sejarah dalam hidupnya sinonim dengan hari pertama drama tersebut ditayangkan di kaca televisyen seluruh Malaysia pada Jun 2018.

Menurutnya lagi, dia tidak pernah terfikir drama Nur mampu mencatatkan tontonan tinggi malah trending nombor satu dunia namun berbangga kerana ia menjadi satu daripada pencapaian terbaik dalam hidupnya. Justeru itu, dia berterima kasih atas sokongan tidak putus daripada makcik-makcik bawang Malaysia yang disayanginya. Katanya, tanpa sokongan mereka sudah tentu drama Nur tidak akan berada setinggi itu.

Artikel menarik lain: “Dalam Perut Tu Ada Makanan” – Nafi Ada ‘Baby Bump’, Ernie Minta Doa Dikurniakan Zuriat

“Cukuplah merasa sekali seumur hidup. Saya tak perlu pertahankan apa-apa lagi. Lepas ini, kalau drama saya tak meletop dan sehebat drama ini pun saya dah syukur sangat sebab sudah pernah merasa orang kata.

“Mati pun kubur tak berasap,haha,” selorohnya.

Perkongsian Shahrulezad di Instagram miliknya semalam mendapat perhatian ramai pengikutnya dan juga penonton setia drama Nur.  Shahrulezad juga sempat berterima kasih kepada pelakon hebat, Azhan Rani kerana menjadi punca drama ini mendapat perhatian dan popular di kalangan peminatnya. Lakonan hebat Azhan Rani yang membawa watak MAdi telah menghidupkan lagi drama Nur sehingga buatkan penonton jadikan dia topik untuk ‘membawang’.

Tambah Shahrulezad, sokongan daripada barisan pelakon lain juga memainkan peranan penting membawa drama Nur ke persada lebih tinggi. Dia juga sempat luahkan rasa rindu akan pendukung drama Nur yang telah dianggap keluarga olehnya. Menerusi informasi yang dikongsikan oleh Shahrulezad, berdasarkan sumber Nielson 2018, drama Nur telah mencatat jumlah tontonan 11 juta selama 19 episod tayangan dan menguasai media sosial dengan menjadi trending nombor satu di seluruh negara dan dunia.

Baca juga: “Muka Iras Juliana Evans” – Semakin Pandai Bergaya, Fesyen Ciptaan Sendiri Anak Che Ta Buat Netizen Terhibur

Sumber: Instagram Budak Ijat

Written by: Adinna