Umum mengetahui semenanjung Gaza diserang oleh tentera Zionis pada 10 Mei 2021 semasa mereka sedang mendirikan solat di Masjid Al-Aqsa. Pertempuran selama 11 hari itu akhirnya mencapai tanda noktah setelah Israel dan Hamas mendapat kata sepakat untuk melakukan genjatan senjata pada Hari Jumaat, 21 Mei 2021 pada jam 2 pagi waktu Gaza (7 pagi waktu di Malaysia). Atas semangat perjuangan yang membara, difahamkan 1o minit sebelum bermulanya genjatan senjata, penduduk Gaza dan sekitar Palestine mula berasak-asak keluar meraikan ‘kemenangan’ mereka.
10 minit lagi menuju jam 2 pagi. pic.twitter.com/7e92yKuzZa
— Ikhwan (@JatIkhwan) May 20, 2021
Seorang pengguna Twitter selaku penterjemah isu Palestine dan Israel, Ikhwan mengumumkan 3 jam sebelum genjatan senjata bermula zionis membuat serangan terakhir ke atas Gaza di kawasan Beit Lahiya. Manakala Bridged Al Qassam melepaskan peluru berpandu dariapda Gaza membuatkan bandar Israel turut mengatifkan siren amaran. Difahamkan Mesir turut memainkan peranan sebagai mediator yang berbincang dengan Hamas setelah Israel bersetuju untuk menurunkan senjata. Setelah pengumuman genjatan senjata dibuat oleh Mesir, maka tamatlah keperitan 11 hari rakyat Palestine.
Baca juga: “Your Leadership Is Inspiring!” – Vivy Yusof Berjaya Raih 1 Juta Tabung Palestine Dalam Masa 2 Hari
Menurut laporan daripada Berita Harian, kegembiraan rakyat Palestine sangat luar biasa di saat mereka menyambut genjatan senjata dengan membunyikan hon kereta dan orang ramai mulai menjalani kehidupan biasa tanpa perlu berselindung atau berhadapan dengan ancaman tentera zionis. Malah, mereka turut melepaskan beberapa bunga api sebagai simbolik keapada kemenangan mereka. Sayu rasa hati melihat perjuangan mereka selama ini, syukurlah mereka dapat menyambut Syawal dalam keadaan yang tenang.
Masih meraikan dengan bunga happy.
Please be happy for them. They know better what might happen but look at this. After 11 days of brutal killing and agony.? pic.twitter.com/9tjuGNkfiY
— Ikhwan (@JatIkhwan) May 21, 2021
Setelah 5 jam genjatan senjata bermula, ribuan umat Muslim di Gaza berpusu-pusu memasuki Masjid Al-Aqsa bagi menyambut kemenangan mereka di dataran Al-Aqsa selepas solat subuh tadi. Menerusi video yang dimuat naik di media sosial oleh Ikhwan, dataran Masjid Al-Aqsa bergema dengan takbir raya daripada rakyat Palestine. Sesungguhnya, sebak apabila melihat video tersebut.
Bacaan takbir raya di perkarangan Al Aqsa. pic.twitter.com/g6wYj6emSR
— Ikhwan (@JatIkhwan) May 21, 2021
Meninjau di ruangan media sosial, ramai dalam kalangan kita yang turut meraikan kemenangan rakyat Palestine. Antara selebriti yang turut berderai air mata dengan kemenangan ini ialah Mizz Nina, Noh Hujan, Diana Amir, Heliza Helmi dan ramai lagi. Bagaimanapun, menerusi posting yang dimuat naik oleh Mizz Nina, beliau meluahkan hasrat hatinya yang menyeru rakyat Malaysia untuk sentiasa memberi sokongan dan tidak melupakan rakyat Palestine di atas kemenangan yang dikatakan ‘sementara’ ini dek kerana penjajahan tentera, keganasan, pelanggaran hak asasi manusia dan lain lagi masih tidak selesai.
View this post on Instagram
Baca juga: Tak Mampu Angkat Senjata Bersama Palestine, Faizal Tahir Tampil Membuat Showcase Bersama Mirwana
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Twitter, Berita Harian, Instagram Mizz Nina